Jus Tembikai Yg Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Jus Tembikai Yg Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya || Salam semua, sejak cuaca panas macam ni, memang tekak nak benda sejuk jer. Kita memang jarang nak minum berais melainkan kalau cuaca panas sangat. Sebab tu kat rumah tak laku ais hii, memang jarang sangat buat.

C360 2019 03 12 11 36 37 626 01 - Jus Tembikai Yg Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Setakat ini, tak hujan lagi bumi Kelantan ni rasa dah sebulan lebih dah. Cuaca panas memang best terutamanya bab jemur kain sekejapnya kering.

Tapi apabila keadaan cuaca panas sekarang, dah memaksa nak kena minum air batu dan minuman yg sejuk – sejuk bagi menghilangkan panas badan. Kita buat jus tembikai yg mudah, walaupun hakikatnya malas juga nak blend tapi paksa diri nak blend juga. 😀

Seingat thn lepas, kerap juga blend tembikai buat jus. Puasa thn lepas memang musim panas jugak kan. Buah tembikai dah musim dah ni, selalu musim panas ni, buah tembikai memang manis sebab hujan tak turun. Memang betul ke fakta tu.

Blend siap letak simpan dlm peti nak sejukkan kemudian minum, Allah hilang dahaga terus. Kalau korang nak sedap lagi ada bahan rahsia tau. Tapi tak tahu lah korang minat ke tak nak letak dlm jus tembikai, tapi kita suka :D. Memang kalau blend buat jus tembikai dan ada stok bahan rahsia ni memang akan letak hii.

C360 2019 03 12 11 40 17 048 01 - Jus Tembikai Yg Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Kalau tak suka bau bahan rahsia tu tak apa, tak paksa pun yg penting jus tembikai ni kena ada masam manis. Disebabkan buah tembikai memang dah manis jadi dah tak tambah gula ya. Memang natural sweet semua dr buah tembikai. Dan lagi satu jus tembikai ni memang tak tambah air. Jus 100 % dr buah tembikai.

Nak tahu bahan rahsia tu, kita memang letak daun ketumbar dlm jus hii. Macam gabungan terbaik pulak dgn masam manis dan bau dr daun ketumbar. :D.

Siapa pernah buat ya. Ada tak. Sampai 2 hari jus tembikai ni dlm peti. Seeloknya nak buat jus buah tak perlu tambah bahan pemanis lain atau pun tambahan yg pelik, nanti hilang khasiatnya. Kata nak minum sihat nanti jadi lain. Sekiranya buah tembikai kurang manis blh nak tambah madu.

Sedap, mudah dan menyegarkan . Selamat mencuba !

Jus Tembikai Yg Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Bahan –  Bahan 

Buah tembikai
Limau nipis atau limau kasturi atau lemon
Daun ketumbar dihiris secukupnya ( kalau suka )

Cara – Cara 

1. Basuh bersih buah tembikai. buang kulit dan potong sederhana
2. Masukkan ke dlm blender dan blend sehingga sebati
3. Tuangkan jus tembikai ke dlm jug minuman, perah jus limau nipis secukupnya biar ada rasa masam manis dan masukkan daun ketumbar
4. Kacau rata jus tembikai, sejukkan dlm peti kemudian dah blh hidangkan
5. Gula tak payah letak, buah tembikai ini dah manis sekiranya dapat buah tembikai yg tak manis blh tambah madu

Loading...

Tags: #Menyegarkan #Mudah #Rahsianya. #Sedap #Tembikai

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Leave a reply "Jus Tembikai Yg Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya"