![]() |
Imej hiasan via Kosmo! |
PUTRAJAYA: Saiz perkhidmatan awam Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain, kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md Farid Md Rafik.
Beliau berkata, jumlah penjawat awam sebanyak 1.6 juta orang turut melibatkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yg lazimnya tidak diambil kira sbg kakitangan awam di negara lain.
“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya melibatkan sejumlah 616,718 kakitangan (setakat Mei 2018) ataupun nisbah 1:51 kepada rakyat Malaysia,” katanya dlm kenyataan hari ini.
Ahli perniagaan itu menyuarakan pandangan berkaitan saiz penjawat awam yg besar dan mengakibatkan perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat pd setiap thn dgn membuat perbandingan dgn nisbah penjawat awam di negara seperti Singapura, Indonesia, Korea, China, Jepun, Rusia dan Britain.
Menurut Md Farid, kerajaan mengambil maklum mengenai perbelanjaan pengurusan, terutama berkaitan gaji kakitangan awam yg meningkat saban thn dgn mengambil beberapa inisiatif, antaranya mengecilkan saiz perkhidmatan awam secara berperingkat dgn hanya 1.6 juta perjawatan diisi drpada keseluruhan 1.7 juta perjawatan yg wujud.
“Kerajaan juga mengambil pendekatan dasar penswastaan dgn kerajaan mengurangkan beban kewangan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian sumber lebih cekap,” katanya.
Md Farid berkata, langkah diambil dijangka dpt menjimatkan perbelanjaan emolumen sehingga RM1.9 billion serta penjimatan sebanyak RM490 juta bg bayaran pencen kakitangan awam.
–
Menurutnya, kesemua proses itu dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan pihak berkuasa melantik lain yg melaksanakan urusan pelantikan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera (MAT), badan berkanun persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
“Kesemua proses pelantikan adalah berdasarkan merit dan tidak sama sekali berdasarkan kaum atau bangsa. SPA dan pihak berkuasa melantik yg lain sentiasa membuka peluang kepada semua kaum utk memohon.
“Cuma berdasarkan kepada jumlah permohonan, sambutan dr kalangan bukan bumiputera agak kurang memberangsangkan berbanding kumpulan bumiputera,” katanya, sambil menambah bahawa usaha akan diteruskan bg menarik minat golongan bukan bumiputera menyertai perkhidmatan awam.
Md Farid berkata peralihan kuasa yg berlaku dgn aman dan teratur selepas pilihan raya umum ke-14 adalah hasil profesionalime kakitangan awam dan sebarang tanggapan negatif terhadap perkhidmatan awam harus dinilai semula dgn lebih adil dan bertanggungjawab.
Tags: #Awam #Ideal #jumlah #Kata #Malaysia #Masih #Menteri #Penjawat #timbalan