Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot

20188A84 7F99 4CE3 A18E 367F386F76E3 - Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot

KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar yg mengambil mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merosot saban thn, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, walaupun peranan STEM berkait rapat dgn pekerjaan baharu muncul dan industri digital yg berkembang pesat, namun penawaran bakat dlm bidang itu agak membimbangkan.

Pada thn lalu, katanya, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pd 2012.

“Ini merupakan pengurangan purata kira-kira 6,000 pelajar setiap thn,” katanya dlm ucaptama pd Sidang Kemuncak Kepimpinan Asia Bett dan Ekspo 2019 di sini hari ini.

Pada majlis yg sama, Maszlee mengumumkan pelancaran kempen STEM4ALL, dgn objektif utama utk membina budaya keterangkuman dlm kalangan semua rakyat Malaysia mengenai pendidikan STEM.

Beliau berkata, sokongan akan diberikan kepada sekolah utk menganjurkan lebih byk aktiviti STEM dan kelab kurikulum yg blh menimbulkan minat pelajar utk mendaftar dlm aliran sains.

Maszlee berkata, kerajaan juga mahu memperluaskan akses pembelajaran STEM kepada komuniti luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan pelajar dgn keperluan khas.

“Tahun ini, Kementerian Pendidikan juga akan mempraktikkan pendekatan utk pergi ke sekolah-sekolah di pedalaman, sekolah-sekolah luar bandar yg hanya blh diakses menggunakan bot dan jalan tanah merah.

“Kita mahu membawa STEM kepada mereka, dan bekerjasama dgn sekolah utk menganjurkan aktiviti dan peluang pengalaman utk mendedahkan STEM dlm kehidupan mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Tags: #Ambil #jumlah #kian #merosot #Pelajar #STEM

author
Author: 
    Dulu Gak Percaya Tuhan Itu Ada, Kini 3 Artis Ini Peluk Islam! No 2 dan 3 Terlahir Muslim!
    slidegossip.com – Sejatinya semua makhluk hidup dan seisi alam semesta ini ada penciptanya.
    Basic Reading Material 02 (Flashcards)
    Reading is an important skill for success in any facet of life. Reading
    Suami Meninggal, Istri Artis Ini Curhat: Siapa yg Urus Anakku Jika Aku Tertular Corona?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 membuat byk orang was-was. Pemerintah Indonesia pun
    COVID-19: KPM ubah jadual peperiksaan kendaliannya
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu kenyataan media melalui laman Facebook rasminya

    Leave a reply "Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot"