Juara Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa kali ke 61 Baru Berusia 19 Thn

Loading...

Juara Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa kali ke 61 Baru Berusia 19 Thn || 
Salam semua, baru – baru ini berlangsungnya Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al – Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 61 Thn. Disebabkan bonda kita memang suka mendengar bacaan ayat – ayat suci Al -Quran dr pelbagai bangsa, jadi anak dia pun melayan juga.

qariah20a 1555771022 1 - Juara Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa kali ke 61 Baru Berusia 19 Thn

  
View this post on Instagram

Alhamdulillah.. syukurr, rezki yg sangat besar Allah beri 🤲🏻🤲🏻 Terima kasih kepada semua Guru2 yg banyak mencurahkan ilmu , rakan2 seperjuangan yg banyak mendoakan saya , tanpa kalian semuaa siapalah saya😭😭😭 semoga kemenangan ini baik disisi agama🤲🏻 Marilah sama2 kita memartabatkan Quran #MTQA2019 #Johan #Antarabangsa #2019
A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

Selepas solat Isyak, biasanya kita keluar buka tv dulu, ini bonda pulak yg cepat keluar nak buka tv nampak tak sabar nak tonton, beginilah awak ya yg muda tak berasa tua ni dengar bacaan Quran macam boring je kan, nanti kita tua esok – esok tengok la macam mana nanti huu.

Kita layan lah sekali dengar bacaan Al- Quran pun seronok juga. :). Dengar pulak sekali dgn makna kat bawah tu, Allah seram sejuk dengar.

Sebenarnya bukan apa, terpegun dengar bacaan dr peserta – peserta dr luar negara. Walaupun bacaan ikut tarannum. Nampak macam senang, macam tarik – tarik suara jer. Tapi bukan senang nak berlatih sampai tahap tu.

Dah tiba malam penyampaian hadiah dan majlis penutup, dah perasan macam nampak muda jerr utk kategori Qariah adik yg menang tempat pertama.

Esok baca berita baru tahu yg rupanya umur 19 thn, terkejut kita bila dapat tahu umur 19 thn. Allah,, sejuk ibu mengandung. Bila baca berita tengok lah siapa mak ayah Farhatul. Pandai mak ayah didik anak – anak.

Semoga Farhatul berjaya dlm bidang diceburi di dunia akhirat, blh jadi inspirasi anak muda utk cintakan Al- Quran sampai hujung nyawa.

Petikan di bawah dr sumber berita Astro Awani.

 SEDAP mata memandang, sedap juga telinga mendengar.

Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pd Sabtu.

Astro AWANI kongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 thn ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain utk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.

– Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin

– Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

– Mula belajar tarannum sejak berusia lima thn dan mula menyertai pertandingan tilawah pd usia tujuh thn

– Pd pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sbg johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

– Menarik juga utk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah

– Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais utk menjaga suara

– Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti

Sumber : Astro Awani

Loading...

Tags: #AntaraBangsa #Baru #Berusia #Juara #Kali #Majlis #Peringkat #Qariah #Tilawah

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Comments are closed.