Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu

Loading...

Untitled design 50 4 - Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu

Esok ‘off day’, nak mkn apa sarapan esok ya. Apa kata cuba buat kuih muih tradisional dr Terengganu. Sedap dan sungguh mengenyangkan.

Mak-mak kena turunkan ilmu masakan pd anak dara dan teruna kat rumah tu. Jom cuba masak…

1. KAYU KERAMAT

Untitled design 48 10 - Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu

BAHAN-BAHAN : 

  • 1/2 kg tepung gandum 
  • 1 camca teh soda birkabonat 
  • 1/2 sudu mkn yis segera  
  • 6 camca mkn gula 
  • 2 cawan air suam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu mkn majerin/dicairkan 

CARA MEMASAK :
1. Masukkan yis dan gula ke dlm air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih.
2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 
4. Kemudian masukkan air gula dan yis yg dibancuh tadi. 
5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam)) 
6. Gorenglah sehingga kuih bertukar warna perang dan ia blh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dgn kuah gulai atau kari.

INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak pdt dan berat dan amat
mengenyangkan.

 Saiz hidangan : 50 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan kuih muih
Keistimewaan : Sajian ringan yg mengenyangkan

2. CHE MEK MOLEK

Untitled design 47 12 - Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul ubi keledek (warna oren)(saiz sederhana)
  • 1 cawan tepung gandum
  • Gula secukupnya

*Satu sudu mkn gula utk inti setiap ketul che mek molek
*Ubi keledek direbus dgn sedikit garam dan dilecek,buang kulitnya

CARA MEMASAK
1. Gaul ubi keledek dgn tepung gandum sehingga menjadi doh yg lembut.
2 Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
3. Goreng dlm minyak panas yg byk dgn api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
4. Angkat bila kekuningan.

INFO CHEF : Doh perlu lembut jadi jangan gunakan terlalu byk tepung gandum. Kuih akan menjadi keras.

Saiz hidangan : 15 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih muih
Keistimewaan : Tinggi fiber dan karbohiderat.

3. PULUT NYOR/NYIOR

Untitled design 42 17 - Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan air
  • Garam secukupnya
  • Kelapa parut digaul garam dan gula / secukupnya
  • Garam dan gula

*Ikan kering goreng (dihidang bersama)

CARA MEMASAK :
1. Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Blh tanak menggunakan ‘rice cooker’.
2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yg sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat.
3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yg sudah dicampur garam dan gula secukup rasa.
4. Enak dimakan bersama ikan kering

INFO CHEF: Anda juga blh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.

Saiz hidangan : 10- 12 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus atau tanak dlm periuk elektrik
Jenis masakan : Beras pulut
Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dgn air sahaja tanpa menggunakan santan

4. AKOK BERLAUK

Untitled design 45 15 - Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu

BAHAN-BAHAN :

BAHAN INTI:

  • 1 kg isi ayam
  • 2 sudu rempah nasi minyak ( blh juga guna rempah kurma)
  • 2 biji bawang besar / dikisar
  • 1 labu bawang putih /dikisar

  • 2.5 sm halia
  • 1 sudu mkn serbuk kunyit
  • 3 sudu mkn kerisek
  • 1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
  • 3 sudu mkn gula
  • Garam secukup rasa
  • 220 ml air
  • 4 biji bawang besar /dipotong dadu

BAHAN KULIT AKOK :

  • 10 biji telur
  • 8 sudu mkn tepung gandum
  • 2 sudu mkn gula
  • Sedikit esen vanilla (jika suka)

CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dlm kuali sehingga naik minyak.
3. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yg dipotong dadu
5. Masak sehingga kering.
Cara masak kulit akok/bauhulu
1 .Putarkan telur dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja.
3. Lengserkan acuan kuih dgn sedikit mentega dan taburkan dgn tepung utk mengelakkan akok melekat pd acuan.
4. Panaskan oven pd suhu 140 darjah celcius.
5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti.
6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti.
7. Bakar lagi sehingga kekuningan

INFO CHEF :
Akok berlauk ini juga dikenali sbg bauhulu berlauk.

Saiz hidangan : 60 biji
Masa memasak :40 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.

Komen anda

Loading...

Tags: #Esok #Kuih #lama #Orang #Sarapan #Terengganu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Jom Sarapan Esok Dgn Kuih ‘Orang Lama’ Terengganu"