JKD serah laporan kajian semula Dasar Pendidikan Negara

Loading...

FB IMG 1556874864501 1 - JKD serah laporan kajian semula Dasar Pendidikan Negara

PENYERAHAN LAPORAN JAWATANKUASA KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA (JKD)

Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) telah menyerahkan laporan lengkapnya kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dlm satu majlis ringkas di Putrajaya, semalam.

JKD ditubuhkan melalui cadangan Mesyuarat Jemaah Menteri yg meminta KPM mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bg mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dr peringkat prasekolah sehingga universiti.

Pelantikan Ahli JKD dilaksanakan pd 18 Oktober 2018. JKD diberikan tempoh sehingga 30 April 2019 utk menyediakan laporan lengkap.

JKD telah mengadakan siri pertemuan di seluruh negara melibatkan 3,141 pihak berkepentingan bg mendapatkan maklum balas dan cadangan utk menambah baik sistem pendidikan negara.

Jawatankuasa ini juga telah menerima sebanyak 3,378 perakuan drpada pelbagai pertubuhan dan individu.

KPM akan meneliti secara menyeluruh Laporan JKD ini sebelum dibawa utk perhatian Jemaah Menteri.

YB Dr Maszlee berkata, KPM bg pihak Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi JKD, YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid; Timbalan Pengerusi JKD, YBrs Dr. Madeline Berma dan ahlinya yg lain yg terdiri drpada Profesor Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Dr. Dzaharudin Mansor, Dr. Mohamed Yunus Mohamed, Dr. Juli a/l Edo, Puan Yeo Kar Peng, Puan Janet Pillai, Dr. Mohd Tazli Azizan, Dr. Putri Afzan Maria, Puan Cheryl Fernando, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Profesor Dr. Abhi Veerakumarasivam.

Laporan diserahkan oleh YBrs Dr. Madeline.

FB IMG 1556874869289 - JKD serah laporan kajian semula Dasar Pendidikan Negara

Turut hadir YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg Dato’ Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan Malaysia

Loading...

Tags: #Dasar #Kajian #laporan #Negara #Pendidikan #Semula #serah

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Comments are closed.