Jika Teksi Takut Utk Berubah, Bersedialah Utk Pupus Ditelan Teknologi.

Loading...

BersedialahBUntukBLesapBDitelanBTeknologi - Jika Teksi Takut Utk Berubah, Bersedialah Utk Pupus Ditelan Teknologi.

Polemik berkaitan perkhidmatan teksi dan e-hailing khususnya Grab tiba-tiba menjadi perbualan hangat di mana-mana kebelakangan ini, yg bermula apabila sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak kurang sopan, menjerit-jerit dan meninggalkan majlis dlm suatu program dialog bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Langkawi.

Berikutan itu Tun Mahathir yg seperti kesal dan merajuk lantas menawarkan diri utk meletakkan jawatan jika cakapnya utk mencari penyelesaian dan mewujudkan persaingan yg adil antara teksi dan Grab tidak mahu didengari.

Susulan drpada sikap kurang sopan yg ditunjukkan oleh pemandu-pemandu teksi terhadap seorang Perdana Menteri itu, kemudiannya bertimbun-timbun kecaman dilontarkan terhadap golongan itu, termasuk oleh beberapa bekas menteri.

Rata-ratanya melihat pemandu teksi sbg golongan yg tidak mahu berubah dan hanya tahu mendesak agar kerajaan memenuhi tuntutan mereka menghapuskan perkhidmatan Grab yg merupakan saingan kepada perkhidmatan teksi.

Realitinya, Grab adalah perkhidmatan yg sudah diterima di seluruh dunia, malah sangat dialu-alukan oleh orang ramai kerana ia lebih mudah, murah, mesra dan tiada karenah menolak pelanggan atas alasan jalan sesak, destinasi yg jauh, nak bertukar shif dan seumpamanya.

Kajian atau undian awam melalui pelbagai medium media sosial jelas memperlihatkan kira-kira 95 peratus pengguna lebih memilih perkhidmatan Grab berbanding teksi.

Janji Tun Mahathir bahawa kerajaan sedang merangka dasar utk mewujudkan persaingan yg adil antara teksi dan Grab seharusnya dialu-alukan oleh pemandu teksi, malahan tempoh masa setahun yg dijanjikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke utk peraturan baru berkaitan perkhidmatan e-haling dikuatkuasakan sepenuhnya, hendaklah juga ditunggu dgn penuh kesabaran.

Peraturan baru yg ditetapkan itu ialah menghendaki pemandu e-hailing memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam atau PSV, pemeriksaan kenderaan berkala di Puspakom serta perlindungan insurans.

Dalam hal ini, sementara diakui bahawa perkhidmatan Grab tidak mampu dihalang kewujudannya, pemandu atau syarikat-syarikat teksi juga seharusnya bertindak proaktif dlm usaha memastikan kelangsungan perkhidmatan mereka tidak pupus ditelan zaman yg sentiasa bergerak pantas, sekali gus menjadikan rezeki utk menanggung keluarga tidak putus di pertengahan jalan.

Sikap pemandu teksi yg tidak putus-putus mendesak kerajaan memenuhi kehendak mereka agar menghapuskan Grab, tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah dan masih ditakuk lama, adalah sesuatu yg sangat dikesali.

Mereka seharusnya mengambil iktibar drpada tenggelamnya jenama Nokia, Motorola dan Blackberry kepada Iphone dan Samsung, disebabkab tidak mahu cepat berubah seiring dgn peredaran semasa.

Pemandu teksi seharusnya duduk berbincang dgn kerajaan atau sesama sendiri utk sentiasa tampil lebih baik dlm memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Daripada menjerit-jerit nak jatuhkan kerajaan atau minta menteri letak jawatan, pemandu teksi sepatutnya menjadikan kehadiran Grab utk mereka lebih ligat berfikir bagaimana utk berubah dan tidak terus dikongkong oleh gaya pemikiran analog.

Oleh kerana pengguna mahukan perubahan dan lebih memilih Grab iaitu suatu perkhidmatan yg mudah digunakan melalui aplikasi dlm telefon pintar di tangan, pemandu teksi sebaik-baiknya turut sama berubah ke arah itu.

Mereka mesti pantas “mengGrabkan” perkhidmatan teksi yg sedia ada dgn membangunkan aplikasi sendiri supaya dpt sama-sama bersaing dgn perkhidmatan e-hailing yg lain.

Sehingga ini terdapat satu aplikasi e-hailing yg dikenali “CALLME” yg dibangunkan oleh Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia atau Petekma bersama Angkasa yg dilancarkan tidak lama sebelum ini.

Namun demikian, majoriti pemandu atau pengusaha teksi masih lagi bebas dan tidak terikat atau belum sedia mewujudkan apa-apa aplikasi, sebaliknya kekal berkeliaran atau menunggu di tepi-tepi menanti penumpang seperti gaya lama.

Dengan dunia yg sudah berubah, pemandu dan pengusaha teksi juga tiada pilihan lain selain berubah sama dgn sedia bersaing membangunkan aplikasi sendiri agar perkhidmatan mereka mampu bergerak maju serta berkembang seiring dgn peredaran zaman.

Kementerian Pengangkutan difahamkan sangat mengalu-alukan dan sedia membantu pengusaha atau pemandu teksi yg mahu berubah utk membangunkan aplikasi sendiri bg menawarkan perkhidmatan yg lebih baik kepada pengguna.

Cuma, sebaik ada aplikasi itu nanti, sikap dan perangai pemandu teksi hendaklah juga berubah sama.

Mereka mesti bersikap mesra pelanggan, tidak memilih penumpang, bersopan dan tidak kurang pentingnya, kereta yg digunakan juga hendaklah sentiasa bersih, kemas serta berbau wangi.

Sumber

Loading...

Tags: #Bersedialah #Berubah #Ditelan #Jika #Pupus #takut #Teknologi #Teksi

author
Author: 
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut

    Leave a reply "Jika Teksi Takut Utk Berubah, Bersedialah Utk Pupus Ditelan Teknologi."