Jika Betul Sayangkan Anak, Jauhilah Doktor ‘Cap Ayam..’

Loading...

Oleh : Rusyainie Ramli

INI KISAH BENAR

Lihat muka bayi comel ni. Teruk sangat ekzema dia. Bukan itu saja, dia juga kekurangan zat akibat diet yg sangat ketat. Nilah akibat ajaran sesat doktor cap ayam. Bukan 1. Tapi 2!

1 8 - Jika Betul Sayangkan Anak, Jauhilah Doktor 'Cap Ayam..'

2 2 - Jika Betul Sayangkan Anak, Jauhilah Doktor 'Cap Ayam..'

3 2 - Jika Betul Sayangkan Anak, Jauhilah Doktor 'Cap Ayam..'

4 1 - Jika Betul Sayangkan Anak, Jauhilah Doktor 'Cap Ayam..'

Dia sbg mak, dimomokkan yg rawatan steroid tu seolah-olah racun toksik kepada anaknya oleh doktor-doktor tu. Yg buat saya geram tu, hujungnya doktor-doktor tu jual produk sendiri. Konon formulasi alami la bagai. Siap petik agama. Mereka tak ubah seperti bani produk sampah yg lain.

Kerana terdesak, mak ini terpedaya. Yg jadi mangsa, anaknya. Mujurlah Allah bukakan hijab di depan matanya. Kerana anak dah terlalu sakit, dia akhirnya ke hospital. Alhamdulillah, kini anaknya sudah kembali sihat.

Ekzema ni paling penting kita kena faham ialah ia adalah keradangan kulit akibat tindakbalas alahan. Yg penting dlm merawatnya ialah;

1. Mengatasi radang kulit tu dgn menggunakan krim steroid.


2. Kulit mesti kena sentiasa lembab dgn penggunaan krim atau losen yg sesuai.


3. Meminimumkan punca alahan – berbanding dgn mitos makcik bawang, kebanyakan ekzema bukan disebabkan mknan. Ada faktor lain mcm hama, debu dan cuaca.

Steroid tu gunanya utk merawat radang tu. Bukan guna selamanya sampai memudaratkan. Kita mesti faham yg ekzema ni penyakit kronik, bermakna ia berlanjutan dgn ada episod reda dan ada episod yg teruk. Tak ada rawatan utk menyembuhkannya, yg ada ialah mengawalnya dr serangan radang yg melampau.

Penggunaan steroid mesti dgn pemantauan doktor yg beretika, berlesen and bertauliah. Setiap rawatan yg diberikan mestilah ada timbang tara kebaikan berbanding keburukan. Lagipun rawatan ekzema yg digunakan di klinik dermatologi berdasarkan garis panduan klinikal ya. Bukan main petik dr langit. Rawatan yg doktor cap ayam gunakan tak diiktiraf pun.

Teori leaky gut tak wujud. Homeopati tak blh merawat ekzema. Selagi mana rawatan tu tak berteraskan kajian bertaraf tinggi, ia tak blh digunakan ke atas pesakit.

Buat mak ayah di luar sana. Ekzema bukan hukuman mati pd kita. Jangan lah terlalu terdesak sehingga menjadi mangsa doktor cap ayam. Duit beratus dan beribu RM habis tu satu hal, tapi sampai mudarat pd anak kita tu, menganiaya jadinya tanpa kita sedar.

Saya tahu pembongkaran saya ni blh mengundang reaksi sangat negatif dr pihak sebelah sana. Saya dah redha sebab saya berpegang pd kebenaran dan inilah amanah ke atas saya pd hari pertama saya mengangkat sumpah sbg doktor.

Medical Mythbusters Malaysia ada seorang pegawai perubatan dermatologi yg hari-hari mengadap pesakit menderita ekzema. 

Dr. Huda Kamarudin. Dia bukan doktor cap ayam. Nasihatnya percuma. Dan dia pun bekerja dgn KKM. Tak ada udang sebalik mee. Blh baca byk tulisan dia tentang penyakit kulit disini.

Kepada Allah saya berserah.

Demi Tuhan yg Mengetahui segalanya.

Loading...

Tags: #'Cap #Anak #Ayam #Betul #Doktor #Jauhilah #Jika #Sayangkan

author
Author: 
    Pamer Goyang Pocong, Farhat Abbas Tuai Cibiran Netizen!
    slidegossip.com – Nama Farhat Abbas kembali jadi sorotan publik terkait laporannya utk pengacara
    Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan – KPN
    KUALA LUMMPUR – Pemasangan Jalur Gemilang yg dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah
    Balik Raya Haji Ke Terengganu
    Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha walaupun dah habis raya haji. Sorry baru

    Comments are closed.