JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

Loading...

034 1 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

Assalamualaikum….
Salam sejahtera buat semua teman…
Fenomena..jeruk mangga asam boi..Ramai rakan-rakan dah pun membuat jeruk terlajak laris ni..Darikan orang yg mengidam sehingga lah yg tak mengidam pun dah cuba membuatnya…Bila duk tenguk jeruk mangga asam boi yg sana sini duk tayang meleleh ayaq liuq ni..
Rasa kebas jer tepi bibir menahan air liur yg nak berkumpul ditdalam mulut ni..Ok jomla kita buat jeruk mangga yg terlajak laris ni…

028 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

Cam biasa lah Uj ni orang dah sampai ke langit,Uj baru nak sampai ke puncak gunung jerai…hehe..
Sebabnyakan umah kita takder pokok mangga.Kena lah pulak carik buah mangga ni dikedai.Sib baik ada.Tula yg duk pilih  dua jenis buang mangga tu…
Jom kita buat…

Mudah..Ringkas dan yg paling penting terjamin kebersihannya…sebabnya kita buat sendirikan…
Terima kasih kepada penyumbang resepi asal…

006 3 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

Bahannya:

6   biji mangga muda( 3 biji mangga biasa,3 biji mangga lemak manis)
20 biji  asam boi 
20 biji cili padi (kalau suka pedas blh tambah)

Sedikit garam
1/2 cawan gula (mengikut kesukaan )
5 biji limau kasturi  ( Uj belah 2)
sedikit kapur
  • Basuh dan potong mangga muda tadi mengikut kesukaan dan rendam seketika dgn air kapur selama 30minit.Kemudian toskan airnya dan basuh bersih.Toskan kembali airnya.
  • Potong juga cili padi, nak lebih pedas blh tambah
  • Tambahkan sedikit garam, gula dan asam boi
  • Satukan kesemuanya dlm bekas dan gaul rata.
  • Masukkan dlm bekas, tutup dan sejukkan dlm peti ais 4-5 

Yang ni dah dimasukan gula garam serta hirisan cili padi….

014 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

  Yg ni pulak dah diletakan asam boi serta belahan asan limau kasturi…Pastu gaul rata…Tak perlu tambah air.Sebabnya jeruk mangga ni dgn sendirinya akan berair….

018 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

Dan sentuhan terakhir……
Isikan kedalam balang…tutup rapat dan simpan dlm esbuk,lebihkurang dlm 4 ke 5 jam..
Tapikan …pstt..tak sempat pun Uj simpan dlm waktu tu..
Kejap bukak..kejap tutup pintu esbuk
last-last capai terus mkn…
Satu balang dah selamat jadi bahan kumbahan..
tinggallah satu balang lagi…

024 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS

 Okey…selamat mencuba..

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 5 - JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS
Loading...

Tags: #ASAM #Jeruk #Laris #Mangga #Terlajak #yang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS"