JERUK BAMBANGAN

Assalamualaikum, 

Bambangan atau nama saintifiknya mangifera pajang adalah dlm keluarga mangga, berasal dr Kepulauan Borneo dan tumbuh liar di hutan. Dah lama saya teringin nak merasa buah ini dan alhamdulillah baru-baru ini impian tercapai apabila mendapat buah tangan dr dr Tuaran Sabah. Saya buat jeruk dan mkn dgn nasi panas, dan kalau ditanya tentang rasa, hmmm memang kecur liur kalau ingat keenakkannya. 

Rupanya buah esotik ini mendatangkan manafaat yg besar kepada pesakit kanser payudara kerana mengikut kajian yg dijalankan mendapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dlm tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya blh bermula dlm tempoh 48 jam. Utk article lanjut blhlah rujuk ke link INI ye.

Jom tengok bahan-bahan yg digunakan utk menghasilkan jeruk bambangan yg yg saya sediakan dibawah ini ❤❤❤

JerukBBambangan - JERUK BAMBANGAN
JERUK BAMBANGAN 
Resepi asal : Kak Amie

Bahan-bahan:
1 biji buah bambangan tua / masak 
10 biji cili padi – hiris
1 labu bawang besar hiris – Saya guna 3 ulas bawang merah
garam / gula secukup rasa
2 biji limau nipis – ambil jusnya

Cara:

1. Basuh buah bambangan sehingga bersih, dan kemudian lap sehingga kering. 
JerukBBambanganB5 - JERUK BAMBANGAN

2. Kupas buah bambangan dan hiris isinya mengikut citarasa.
JerukBBambanganB3 - JERUK BAMBANGAN

3. Belah biji bambangan dan keluarkan isinya. Buang selaputnya dan parut isinya yg putih.
JerukBBambanganB1 - JERUK BAMBANGAN

4. Dlm sebuah bekas, masukkan hirisan buah bambangan, hirisan cili padi dan bawang, garam, gula, parutan isi (biji) buah bambangan dan jus limau nipis, gaul rata.
JerukBBambanganB2 - JERUK BAMBANGAN

6. Biarkan seketika, lebih kurang 15-20 minit sebelum dinikmati.

Carian Berkaitan

Bambangan Mangifera pajang mail

Loading...

Tags: #BAMBANGAN #Jeruk

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "JERUK BAMBANGAN"