Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog mkn Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lps Maha telah pergi ke negeri Perak bg meraikan sambutan 135 thn Muzium Perak. Maha nak kongsikan pengalaman perjalanan kat sana selama 2 hari memang best dan mengujakan. Yer lah selalu pergi trip utk travel jer atau bercuti je tapi kali ni pergi mengumpul ilmu yg tak pernah nak tahu pasal sejarah negeri Perak. Almaklumlah orang zaman millennium ini mana nak tahu semua sejarah peradaban negara.
Jelajah Muzium Perak 10 1 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Maha dan kawan-kawan bertolak dr Kuala Lumpur ke sana utk menuju satu kawasan yg tak pernah terfikir nak menjejakkan kaki sebab tak tahu apa yg menarik ada di sana. Destinasi pertama kami adalah Matang berada di sebuah mukim di daerah Larut. Perkataan Matang merupakan singkatan kata bg perkataan ‘Permatang’ yg membawa maksud ‘Benteng’. 

Muzium Matang

Rupanya kat sini ada sebuah muzium yg mempunyai byk sejarahnya tersendiri. Muzium Matang adalah lokasi pertama yg kami singgah dlm jelajah ini. Muzium Matang merupakan sebuah muzium in-situ yg mempamerkan kronologi sejarah yg berlaku di dlm bangunan yg pernah menjadi kediaman Ngah Ibrahim dan pusat pentadbiran Larut.
Jelajah Muzium Matang 10 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Matang 9 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Jelajah Muzium Matang 7 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Pertama kali melihat Muzium ini dr luar memang sangat unik bg Maha kerana ada reka bentuk British. Tak adalah besar sangat muzium ini tapi ada dua tingkat yg memuatkan pelbagai barang sejarah yg terjadi sekitar Larut termasuk kisah Perang Larut dan juga kaitan dgn kes pembunuhan Residen British pertama Perak J.W.W Birch
Jelajah Muzium Matang 15 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Jelajah Muzium Matang 1 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Masuk sahaja dlm muzium ini korang akan dihidangkan dgn seekor replika gajah yg bernama Si Larut. Gajah milik Che Long Jaafar ini lah menemukan biji timah di kawasan tersebut yg membawa kepada perkembangan ekonomi di daerah Larut. Rumah yg menjadi muzium ini adalah merupakan gudang penyimpanan hasil biji timah yg byk pd masa itu. Kat dlm muzium ini lah korang dpt tengok peralatan pelombongan biji timah yg pernah digunakan dahulu kala.
Jelajah Muzium Matang 11 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Jelajah Muzium Matang 3 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Matang 5 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Matang 2 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Selepas itu korang juga dpt mengetahui tentang sejarah peperangan Larut yg berlaku sekitar thn 1861. Juga sedikit kisah sedih tentang kehidupan Ngah Ibrahim dan pembesar kerajaan yg dibuang negeri ke Pulau Seychelles selepas dituduh dlm kes pembunuhan residen Perak pertama pd masa itu.  Maha ni pun tak tahu semua sejarah ini tapi setelah pergi melawat muzium ini byk pekara menarik dlm tu yg byk melambangkan kemajuan dan juga kakayaan orang lama kita dulu.
Jelajah Muzium Matang 12 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Matang 14 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Matang 6 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Matang 4 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Setelah puas berada kat muzium tu dgn buat beberapa aktiviti menarik kat sini kami terus bergerak utk check in kat hotel. SSL Trades Hotel yang terletak kat Taiping sebab hari esoknya kami akan ada aktiviti di Muzium Perak. Jadi check in kat sini memang best dpt rehatkan diri setelah separuh hari dlm perjalanan yg agak memenatkan. Malam pula kami ada aktiviti lagi menarik iaitu pergi ker Night Safari.
SSL Traders Hotel - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
SSL Traders Hotel 1 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

SSL Traders Hotel 3 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Zoo Taiping dan Night Safari

Tepat jam 8.00 malam kami bergerak utk mkn malam dan selepas itu kami akan ker Night Safari. Kat Taiping ni popular dgn Night Safari iaitu zoo yg dibuka pd waktu malam utk melihat aktiviti haiwan yg aktif diwaktu malam. Night Safari ini dibuka setiap hari dr pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam.
Night Safari Zoo Taiping - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 1 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Maha sangat teruja sebab ini pertama kali nak masuk Zoo Taiping dan melihat aktiviti haiwan pd waktu malam kerana selalu orang melawat zoo siang jer kan. Zoo ini menempatkan beribu haiwan dan mamalia yg jarang kita lihat kat negara kita. Maha paling suka berada kat zoo ini adalah melihat teletah haiwan yg aktif mencari mkn waktu malam. Korang juga berpeluang utk lihat pegawai zoo memberi mkn kepada haiwan ini yg dibuka kepada umum bermula dr pukul 8.45 malam higga 10.00 malam.
Night Safari Zoo Taiping 2 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 3 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 4 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Paling menarik perhatian Maha kat sini adalah Badak Air yg sangat besar dan menggerunkan. Pastu dpt lak tengok secara dekat mereka memberi mkn kepada haiwan ini. Saat paling comel kerana melihat anak badar air yg lahir di zoo ini dan membesar dgn sihat. Lps tu juga kat zoo ini kita dpt lihat kelibat anak Kuda Belang yg juga lahir kat zoo ini. Cuma Kuda Belang ni susah nak dekat sebab mereka begitu aktif.
Night Safari Zoo Taiping 8 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Night Safari Zoo Taiping 14 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Korang juga berpeluang nak memberi mkn kepada Zirafah yang ada kat zoo ini. Kat sini ada dua ekor Zirafah jantan dan betina yg memang jinak blh kita pegang. Ia satu pengalaman yg tak dpt kat tempat lain sebab selalu kita tengok haiwan dr jarak jauh atau dlm sangkar sahajakan tapi kat sini kita blh pegang dan bergambar dgn haiwan-haiwan tersebut.
Night Safari Zoo Taiping 9 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 7 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Zoo Taiping ini bukan sahaja tempat mempamerkan haiwan utk ditonton tetapi mereka juga menerapkan pendidikan kepada pengunjungnya. Dimana mereka juga menekankan kepada bagaimana utk melindungi haiwan yg semakin pupus akibat drpada ekonomi memperdadangkan anggota dan kulit haiwan ni dlm pasaran haram. Selain itu juga mereka ada menyediakan pusat konsovasi haiwan-haiwan di sini utk memastikan ia terus hidup dan mempunyai baka yg blh ditatap oleh anak cucu kita nanti.
Night Safari Zoo Taiping 5 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 6 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Jadi datang sini sangat menginsafkan Maha bahawa kehidupan haiwan ini sudah terancam oleh kerakusan manusia sendiri. Kalau korang ada masa utk bercuti kat sini blh datang bawa anak-anak semperna dgn musim cuti sekolah. Harga tiket utk masuk Night Safari ini hanya RM10.00 untuk kanak-kanak dr usia 3 sehingga 12 thn dan RM20.00 utk dewasa. Terima kasih kepada Zoo Taiping dan Night Safari kerana menerima kedatangan kami dan memberi byk ilmu kepada kami tentang haiwan yg unik dan menarik.
Night Safari Zoo Taiping 10 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 11 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Night Safari Zoo Taiping 13 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Lepas habis aktiviti kat zoo kami balik hotel dan rest utk aktiviti utama keesokan hari nya iaitu Majlis Perasmian Sambutan 135 Thn Muzium Perak. Masa utk mengadap Timbalan Yg Di-Pertuan Agung satu majlis yg bersejarah kat daerah Taiping khasnya.

Majlis Perasmian Sambutan 135 Thn Muzium Perak

Hari kedua pula bersambung dgn bangun awal pagi utk sarapan dan perlu berada kat Muzium Perak pukul 9.30 pagi sebelum acara bermula. Ini juga adalah pengalaman pertama Maha utk jejak kaki ke Muzium Perak iaitu merupakan muzium tertua dan pertama di bina di Malaysia sejak thn 1883
Jelajah Muzium Perak - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 1 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 2 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Acara kat muzium ini bermula dgn majlis perasmian sambutan ulang thn muzium itu sendiri oleh Timbalan Yg Di-Petuan Agung, Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur Lah dan Duli Yg Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. 
Jelajah Muzium Perak 3 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Dalam titah Tuanku dimana bgnda ada menyentuh tentang:

“Fungsi asal muzium utk memelihara dan menjaga khazanah warisan negara, kini semakin ketara beralih peranan utk memenuhi fungsi-fungsi penyelidikan, pendidikan, pemasaran, teknologi dan inovasi. Muzium tidak harus dikagumi kerana artifak, ciri estetika atau aura misterinya, tetapi muzium hendaklah, dlm mempamerkan bahan dan mempersembahkan urutan peristiwa, berupaya membangkitkan nostalgia silam dan mencuit memori, serta memiliki daya menghembuskan roh keinsafan – membarai semangat kesedaran, melalui ekshibit yg mempamerkan pelbagai tragedi, terutama tragedi yg byk mengorbankan nyawa dan memusnahkan kehidupan.’

Jelajah Muzium Perak 4 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 5 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Jelajah Muzium Perak 12 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Ini terbukti dgn terbinanya muzium dan tugu peringatan Hiroshima dan Nagasaki bagi memperingati kisah sejarah pengeboman yg berlaku pd dua daerah tersebut oleh tentera Amerika. Di negara China pula Dewan Memorial Nanjing dibina bertujuan memperingatkan rakyat negara China dan warga dunia akan serangan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun. Manakala The National September 11 Memorial and Museum, di New York dibina utk memperingati peristiwa pahit yg meruntuhkan World Trade Centre pd pagi 11 September 2001, mengakibatkan 2,977 nyawa terkorban.

Muzium Perak

Jadi itu sangat penting kepada penubuhan dan juga penjagaan muzium yg dpt membentuk Negara Bangsa. Sebab itu peranan muzium sangat penting kepada sesebuah negara utk terus maju seiring dgn teknologi tanpa menyisihkan sejarah mereka. Sedikit lah sejarah Muzium Perak yg Maha sempat baca semasa melawat muzium ini. Bangunan muzium ini di bina oleh Sir Hugh Low Residen British Ketiga di negeri Perak pd masa itu. Kenapa muzium ini di bina di Taiping kerana pd masa itu Taiping adalah ibu negeri kepada Perak. 
Jelajah Muzium Perak 18 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Jelajah Muzium Perak 19 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Asas kepada pembinaan Muzium Perak oleh pihak British adalah utk menyelidik dan mengumpul bahan sejarah, adat resam, budaya dan alam semula jadi tempatan bg memahami cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Sejak itu muzium ini mengalami beberapa penambahan ruang dan struktur tapi masih mengekalkan reka bentuk asal pd bangunan utama muzium ini.  
Jelajah Muzium Perak 8 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 9 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Semasa Maha melawat muzium ini dpt melihat pelbagai barangan pra sejarah tentang negeri Perak. Tahukah korang muzium ini kaya dgn bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yg sesetengahnya berusia lebih dr 100 thn. Kat sini kalau korang masuk akan nampak tengkorak kepala gajah yg memang sinonim dgn negeri Perak. Kalau masuk dlm lagi akan nampak pelbagai tengkoran haiwan lain yg begitu jarang kita dpt lihat.
Jelajah Muzium Perak 15 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 17 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Dalam muzium ini ada empat galeri utama iaitu Galeri A adalah geleri utama bangunan ini. Kemudian Geleri B yg mempamerkan tentang haiwan dan alam semulajadi. Kat sini lah korang dpt lihat tengkorak haiwan dan juga pelbagai jenis haiwan yg unik. Seterusnya ada Geleri C yang mempamerkan kebuyaan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Serta Geleri D iaitu geleri yg mempamerkan koleksi tinggalan orang asli dan juga koleksi tembikar. 
Jelajah Muzium Perak 13 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 14 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

Jelajah Muzium Perak 16 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Maha sempat lah masuk semua geleri dan memang terpegun dan juga rasa baru tahu byk tentang sejarah dan juga ketamadunan di negeri Perak. Sempena dgn sambutan 135 thn Muzium Perak ini pelbagai aktiviti menarik di rancang di sini utk mendekatkan rakyat dgn muzium. Pameran 135 Thn Muzium Perak akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019 jadi masih berpeluang korang utk ke sana dan nikmati pelbagai aktiviti yg dirancang. 
Jelajah Muzium Perak 11 - Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia
Selepas habis semua aktiviti ini maka berangkatlah kami semua pulang ke Kuala Lumpur dgn membawa pelbagai pengalaman dan ilmu didada tentang sejarah yg tidak pernah nak diambil tahu sebelum ini. Bagus juga ada aktiviti mcm  ni selalu dpt Maha belajar byk perkara menarik. Terima kasih nak ucap kepada Jabatan Muzium Malaysia dan juga Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia kerana membawa Maha dan kawan-kawan lain utk aktiviti menarik ini. Ingat semua Muzium Kita Tamadun Kita
  

Loading...

Tags: #Jelajah #Malaysia #Merupakan #MUZIUM #PERAK #Sambutan #Tertua

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Jelajah Sambutan 135 Thn Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia"