Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira’.

Loading...

Oleh : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
 

[Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira’]

Islam 1 - Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira'.

Saya membaca tulisan Puan Asiah Jalil berkenaan dgn Nabi sallallah alaih wasallam meninggalkan isteri bgnda sewaktu berada di Gua Hira’.

Saya kira terdapat kekeliruan yg ada pd tulisan beliau. Saya menjangkakan bahawa beliau tidak membuat rujukan silang atau mungkin juga beliau tidak mahir dgn kitab-kitab hadis.

Puan Asiah mengatakan Nabi sallallah alaih wasallam bersenang-lenang beribadat di Gua Hira’ dan meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan isterinya seorang. Ayat ini blh difahami bahawa penulisnya ingin mengatakan bgnda melepaskan tanggungjawabnya sbg seorang suami ketika berada di luar.

Jika benar ini maksud penulis, bg saya ini adalah salah dan batil. Jika kita menyemak kembali hadis berkaitan isu ini kita akan dpti bahawa apa yg berlaku tidak sepertimana yg difahami drpada membaca tulisan Puan Asiah.

Berikut jawapan saya:

1. Adakah Nabi sallallah alaih wasallam berada lama di Gua Hira’?

Ulama mempunyai 2 pandangan:


i. Sebahagian ulama mengatakan Nabi sallallah alaih wasallam berada di sana utk tempoh masa panjang iaitu sebulan Ramadhan. 


ii. Sebahagian ulama berpandangan Nabi sallallah alaih wasallam tidak meninggalkan anak-anak bgnda di bawah jagaan Khadijah utk tempoh yg lama. Ini kerana Aisyah menyebutkan dlm hadisnya:

الليالي ذوات العدد

Maksudnya: Malam yg berbilang-bilang. (HR Bukhari)

Al-‘Aini menyebutkan orang arab menyebut berbilang-bilang ini utk menunjukkan bahawa bilangan malam itu tidak byk. (‘Umdat al-Qari, jil. 19, hal. 30) Ini dipersetujui oleh Abu al-Syamah. (Syarh al-Hadith al-Muqtafa, hal. 106)

Tambahan pula bekalan mknan di zaman itu adalah susu dan daging, ia tidak akan bertahan lama. (Fath al-Bari, jil. 12, hal. 356)

Inilah tafsiran yg tepat apabila melihat kepada lafaz hadis Aisyah dlm Sahih al-Bukhari dan Muslim.

2. Adakah Nabi sallallah alaih wasallam sentiasa meninggalkan isteri bgnda? Jawapannya tidak. Jika dilihat kepada riwayat Ibn Ishaq, bgnda hanya berada di sana pd bln Ramadhan sahaja. (Dalail al-Nubuwwah, jil. 2, hal. 147)

Itu pun bukannya Nabi sallallah alaih wasallam pergi sebulan penuh. Bgnda akan balik jika bekalan habis dan jika rindukan keluarga bgnda akan pulang bertemu mereka. (Syarh al-Hadith al-Muqatafa, 105)

3. Jangan terkeliru apabila disebutkan Nabi sallallah alaih wasallam meninggalkan anak-anak di bawah jagaan Khadijah. Ia seolah-olah ramai anak kecil (bayi) yg perlu dijaga. Jika kita buat kajian mendalam, antara anak Nabi sallallah alaih wasallam sewaktu bgnda diutuskan menjadi Rasul adalah Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Menurut ulama sirah Zainab, Ummu Kalthum dan Ruqayyah telah pun berkahwin di zaman Jahiliah.

Ini isyarat bahawa Khadijah tidak bersendirian. Pastinya anak-anaknya yg sudah pun berkahwin membantunya. Apatah lagi apabila dlm hadis sewaktu Nabi sallallah alaih wasallam pulang ketakutan setelah menerima wahyu Nabi menyebut:

زملوني زملوني

Maksudnya: selimutkan saya, selimutkan saya.

Bagi yg memahami Bahasa Arab akan memahami bahawa arahan ini adalah arahan utk ramai manusia. Ini bermakna di dlm rumah Nabi sallallah alaih wasallam terdapat ramai yg memahami arahan. Ini menunjukkan mereka sudah besar dan bukan lagi bayi dan memahami arahan.

Boleh jadi juga Khadijah mempunyai pembantu ketika Nabi berada di Gua Hira’. Khadijah merupakan orang kaya dan tidak pelik jika dia mempunyai pembantu.

4. Masalah kita hari ini ialah apabila kita memahami hadis berdasarkan peristiwa yg berlaku hari ini. Apabila kita melihat suami tidak bertanggungjawab pd hari ini maka kita cuba memahami tindakan Nabi sallallah alaih wasallam begitu juga. Ini jelas salah. Pdhal jika kita melihat kepada keseluruhan hadis kita akan dpti setelah Nabi mengadu ketakutan kepada Khadijah, Khadijah berkata kepada Nabi perkara berikut:

كَلَّا، وَاللهِ مَا يُخْزِيكَ الله أبداً، إنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضِّيفَ، وتُعِيْنُ على نوائب الحق.

Maksudnya: Tidak, demi Allah, Allah sesekali tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya engkau sentiasa menghubungkan hubungan silaturrahim, sentiasa menanggung bebanan (membantu orang susah), sentiasa memberikan harta kepada orang miskin, sentiasa memuliakan tetamu dan sentiasa menolong perkara yg benar. (HR al-Bukhari)

Adakah logik bg suami tidak bertanggungjawab mendapat pujian sebegini dr seorang isteri? Kemungkinan jika suami tidak bertanggungjawab akan ditambah lagi dgn bebelan seumpama:

Awak ni saja cari penyakit. Elok-elok duk di bawah, pergi pula panjat gua dan balik bawa penyakit!

Tetapi Khadijah memuji Nabi sallallah alaih wasallam. Ini membuktikan bgnda adalah suami sempurna. Aisyah juga memuji Nabi sallallah alaih wasallam dgn mengatakan akhlak Nabi adalah al-Quran.

Nabi sallallah alaih wasallam sangat menyanyangi Khadijah dan menghargainya sehingga bgnda selalu menyebut nama Khadijah walau setelah Khadijah wafat? Adakah orang begini sanggup melepaskan tanggungjawabnya terhadap isterinya?

Saya pasti isteri bgnda lebih mengenali Nabi sallallah alaih wasallam berbanding Puan Asiah Jalil.

5. Jika byk perbuatan Nabi terhadap isterinya yg Puan Asiah Jalil tidak suka, saya pula tidak suka Puan Asiah Jalil yg menyibuk memberi komentar tentang rumahtangga Nabi saya. Isteri bgnda pun tidak kisah Nabi berada di gua Hira’, jangan pula orang lain yg terlompat kepanasan? Berhati-hatilah bila berbicara tentang Nabi sallallah alaih wasallam.

Loading...

Tags: #Asiah #Berkaitan #Hadis #Hira'. #Jalil #Jawapan #Kepada #Nabi #Puan

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.