Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Telah lebih seminggu saya menjalani pembedahan kaki. Saya mulai rasa risau kerana pain killer yg diberi utk dinakan dua kali sehari telah habis tapi sakit masih ada dan berdenyut. Saya lagi risau bila saya bukan sahaja tidak blh berjalan tanpa walking aids tapi juga saya tidak blh duduk di kerusi. Sebaliknya jika saya duduk di sofa, saya perlu mengangkat kaki yg sakit dan dilipat di atas sofa atau saya perlu berlunjurkan kaki. 


Saya terfikir bagaimana jika saya di pejabat dgn keadaan seperti ini. Hmm tiada tempat saya berserah melainkan Allah. Jika saya benar benar sakit, biar sahaja Allah yg menjaga semua urusan saya. Saya tidak mahu menyesakkan kepala dgn memikirkan apa apa. Tiada apa yg akan berlaku tanpa izin Allah. Kemalangan tidak berbau dan bukan diminta utk sakit seperti ini. Pastilah ada hikmahNya yg saya tidak mengetahuinya. Cukup setakat ini dahulu, sekarang kita beralih pula bab masakan. 

Resepi jantung pisang goreng cili padi ini disyor dan dikongsi oleh sahabat follower saya Puan Fatimah Ariffin yg dikatakan mknan anak kampung stail Kedah yg sangat sedap. Hakikatnya saya sangat bangga menjadi anak kampung yg dibesarkan di kampung. Sbg anak kampung, kita juga mampu hidup senang jika kita rajin berusaha. 


Sejak itu, saya menyalin dan menyimpan resepi yg diberikan. Cuma menunggu masa utk membeli jantung pisang sahaja. Lagi pulak, pokok pokok pisang saya, tengah berbuah dan jantungnya baru sahaja dipotong. Jadi mahu tak mahu, terpaksalah meminta Encik Hubby ke Village Grocer utk membeli jantung pisang.
Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Serius sangat sedap masakan ini. Jika suka pedas, blh tambahkan lagi cili api dan gunakan cili api kampung. Saya suka rasa jantung pisang yg lembut lembut dan lemak lemak. Saya memang syorkan agar anda mencuba resepi ini. Pasti anda akan suka dgn rasa dan keenakannya. 

Jom kita layan resepi yg digunakan hari ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba… 

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 biji jantung pisang
5-7 ekor udang basah secukupnya – opsyenal
Serbuk kunyit 

Garam
Gula

Bahan tumbuk:
10-12 tangkai cili padi – blh tambah jika suka pedas
4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

Cara cara:
Jantung pisang dibuang kulit tinggal yg putih. Belah dua dan dihiris nipis. Rendam dlm air garam selama lima minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. 

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan api sederhana sehingga wangi dan pecah minyak. 
Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan pula jantung pisang, sedikit serbuk kunyit, garam dan gula. Masak sampai jantung pisang lembut. 

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap

Nota:
Jika suka, masak sehingga kering dan pecah minyak. 

Jantung Pisang Goreng Cili Padi  Yg Sedap


Loading...

Tags: #Cili #GORENG #Jantung #Padi #Pisang #Sedap

author
Author: 
    Indonesian Food Noodles with Egg INDOMIE – Cara masak Mie Instan Yang Enak
    Bantu mencapai 5000 Subscribe ya 😁 Klik Subscribe Gratis 😁 SUBSCRIBE ya mas/mbak
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a

    Leave a reply "Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yg Sedap"