Jangan usik buku teks Sejarah di sekolah – Pakar Sejarah

77BB7196 1276 42C5 975B 8DA38174DDA3 - Jangan usik buku teks Sejarah di sekolah - Pakar Sejarah
KUALA LUMPUR 7 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya Kementerian Pendidikan perlu membuat penegasan utk tidak membenarkan sebarang cubaan mengubah kandungan buku teks sejarah sekolah seperti yg dilakukan oleh sekumpulan pengkaji sejarah ketika ini.
Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, tindakan mengubah kandungan buku teks sejarah sekolah akan menyebabkan ketidakseragaman fakta sekali gus menimbulkan kekeliruan dlm kalangan masyarakat.

Lebih membimbangkan kata beliau, tindakan itu turut memperlihatkan betapa ghairahnya kumpulan pengkaji yg menggelarkan diri sbg pakar sejarah mencabar dasar perpaduan dan pendidikan negara tanpa ada perasaan hormat.

“Bagaimana kumpulan pengkaji yg mahu mengubah kandungan mata pelajaran sejarah ini blh dianggap sbg pakar sejarah sedangkan latar belakang pendidikan mereka adalah dlm bidang berbeza.
“Alasan kumpulan pengkaji ini adalah utk memberi sejarah sebenar kepada rakyat adalah mengarut kerana setiap maklumat dlm buku teks sejarah sekolah diambil drpada pelbagai sumber sahih dan melalui proses pengesahan yg ketat,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berkenaan usaha sekumpulan pengkaji sejarah yg menjalankan projek utk menulis semula sejarah secara inklusif atau menyeluruh dlm buku teks sekolah dlm masa empat thn akan datang.

Mengulas lanjut, Ramlah yg juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan dr 2014 sehingga 2017 berkata, amat penting utk mengekalkan fakta dlm buku teks sejarah sekolah tanpa ada sebarang tokok tambah bg mengelakkan kecelaruan sumber rujukan dlm kalangan pelajar.
Katanya, buku teks sejarah mempunyai peranan besar dlm usaha kerajaan memupuk perpaduan antara kaum dlm negara dan tidak blh dijadikan sbg alat utk meruntuhkan pemikiran anak bangsa.

“Lihat saja rakyat Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat yg hormat kepada sejarah tanah air mereka. Mengapa ada segelintir rakyat Malaysia sanggup mencabar dan mengacau dasar negara ini? Adakah sudah hilang rasa hormat kerana mudah mendapat kewarganegaraan berbanding negara lain?
“Bibit-bibit hilangnya semangat patriotisme dpt dilihat ketika ini apabila bahasa kebangsaan kita semakin dipinggirkan. Sekarang ada pula yg mahu ubah sejarah dgn alasan mahu maklumat lebih inklusif atau menyeluruh,” katanya.
Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #BUKU #Jangan #Pakar #Sejarah #Sekolah #Teks #usik

author
Author: 
    Asing pelajar, pengetua sekolah diberi amaran
    KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Pendidikan Sabah mendapati aduan berhubung pengasingan pelajar
    Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17
    MOHD Sirhajwan (tengah) bersama Norlyziah (kiri) dan Anita menunjukkan sijil yg diterima. Guru
    Sedapnya Menu Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade
    Assalamualaikum guys, Nak share sikit cerita pasal mkn dim sum kat Dodo Dim
    Bagaimana Rakan Facebook Disyorkan Sebenarnya Berfungsi?
    Rakan Facebook Cadangan dan Disyorkan Berfungsi Facebook adalah laman jejaring sosial yg digunakan

    Leave a reply "Jangan usik buku teks Sejarah di sekolah – Pakar Sejarah"