Jangan Tersalah Beli, Ini Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang.

perbezaan daun kucai bawang 1 - Jangan Tersalah Beli, Ini Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang.

Pernah tak alami situasi nak beli kucai terbeli daun bawang.  Haha…mesti adakan? Ini adalah perkara biasa kerana kedua-dua jenis daun ini hampir sama dr segi rupa bentuk dan warna. Sebenarnya, daun kucai langsung tak sama dgn daun bawang.  Kalau nak tau perbezaannya, korang blh baca info berikut:-

 daun bawang 2 - Jangan Tersalah Beli, Ini Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang.

Daun Bawang adalah Bawang & Kucai adalah Daun:

Walaupun kedua jenis daun ini dlm keluarga yg sama iaitu ‘bawang’ namun daun bawang lebih sesuai dipanggil bawang kerana  ia dicabut seperti bawang dan dijual dgn akar sekali sama seperti bawang.  Sementara kucai adalah sejenis daun, sebab ia dipotong lebih kurang 5 cm dr pangkal pokok sebelum dijual.

 kucai - Jangan Tersalah Beli, Ini Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang.

Bentuk Fizikal & Warna:

Secara fizikalnya kedua-dua daun hampir sama bentuk dan panjang. Namun daun bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat,  panjang, dan lembut teksturnya berbanding daun kucai yg lebih nipis pandat hampir sama dgn rumput. Kalau dipegang daun bawang lebih lembut dan rapuh kerana bentuknya seperti penyedu minuman berlubang di tengah. Walaupun sekilas pandang kedua-dua daun berwarna hijau, tetapi daun bawang berwatna hijau lembut dan menjadi putih di bahagian pangkalnya sedangkan kucai tetap berwarna hijau sehingga ke pangkal.

daun bawang 1 - Jangan Tersalah Beli, Ini Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang.

Rasa  & Bau:

Daun bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila campurkan dlm mknan dan dimakan.  Sementara daun kucai aromanya hampir sama dgn bau bawang putih. Jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat.

Fungsi Dlm Masakan:

Berbading daun kucai, daun bawang digunakan sbg pelengkap rasa dlm mknan, seperti dimasukkan dlm sup dan mknan bergoreng sbg hiasan dan penambah rasa. Sementara daun kucai kerap dijumpai dlm mknan, seperti campuran dlm cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain. Namun jika digunakan sbg pelengkap mknan, kedua-duanya blh digunakan dan blh digantikan antara satu sama lain.

Loading...

Tags: #BAWANG #Beli #daun #Jangan #Kucai #Perbezaan #tersalah

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Jangan Tersalah Beli, Ini Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang."