Jangan Tegur Perkara Yg Tidak Pasti Takut Nanti Kita Yg Mendapat Dosa..

Oleh : Fadhli Sahar

“Jangan tegur perkara yg kita tak pasti nanti kita yg mendapat dosa”

Seorang penceramah berpesan kepada kami suami isteri.

Sebelum saya dan isteri melanjutkan pelajaran ke Scotland, kami pergi sebanyak ceramah agama utk mendalamkan pengetahuan kami tentangnya.

baik 1 - Jangan Tegur Perkara Yg Tidak Pasti Takut Nanti Kita Yg Mendapat Dosa..

Sebagai contoh solat pd musim sejuk (kerana Zuhur dan Asar yg singkat dan jadual belajar yg pdt), berpuasa pd musim panas (siang yg panjang – ada kawasan tiada malam), berwuduk dikawasan salji (dikhuatiri hiporthermia), menyewa rumah orang bukan Islam (dikhuatiri penyewa sebelum membela anjing) dan sbgnya.

Alhamdulillah kami faham serba sedikit tentang kemudahan Islam yg diberikan olehNya. Kadang tu kalau ada yg kami was was, kami kembali kepada yg asas sahaja.

Dan apabila kami menetap disana bermacam-macam edisi ajaran yg kami jumpa seperti berpuasa di musim panas blh mengikut tempoh berpuasa seperti di Mekah.

Zaman saya disana, kami berpuasa pd musim panas. Dlm 17 ke 19 jam berpuasa. Kami tidak pasti tentang hukum berpuasa ikut tempoh masa di Mekah tetapi ada kawan kami praktikkannya. Kami tidak kisah kami hormatinya sahaja. Kami ikut waktu berpuasa dr terbit matahari sehingga terbenamnya. Kami teringat pesan ustaz ceramah agama jangan tegur kalau tak pasti hukumnya.

Masa kami belajar agama, masa musim sejuk, lagi lagi salji kami dibenarkan berwuduk dgn khuf jika takut diserang hipothermia. Namun, isteri saya tetap membasahkan kakinya, saya wuduk dgn khuf. Isteri saya tidak pula menegur saya kerana tak pasti dibenarkan atau tidak. Seperti yg kami belajar ia dibenarkan kepada musafir sahaja. Tapi tak pasti pula.

Di Oman, isteri saya ada pesan, mereka solat disini tiada qiam (meletakkan tangan di perut selepas takbir). Jadi jangan tegur solat mereka tak sah. Kita ikut cara kita. Maka apabila saya berhenti solat jamak di salah sebuah masjid mereka, mereka tidak pula menegur saya solat dgn qiam pdhal mereka hanya berdiri tangan rapat ke peha selepas takbir.

Kami merentas negara ke Dubai dgn menaiki kereta tetapi dipandu oleh penduduk tempatan (Omani). Perjalanan melebihi 6 jam. Selesai mkn tengahari saya minta masa utk jamak taqdim. Saya pelik dia tidak pula jamak bersama. Mungkin jamak takhir agaknya. Sampai maghrib dia tidak pula berhenti utk solat. Apabila saya tanya, dia kata dia blh jamak kelima lima solat dlm satu masa. Saya senyap sahaja sebab saya tak pasti hukumnya.

Semasa saya bekerja diluar negara, saya terlihat sepasang suami isteri solat bersama. Si suami mencium dahi si isteri sebelum mereka solat bersama. Dan isterinya solat disebelah kanan imam. Seolah-olah seperti makmum lelaki. Saya hairan kerana jika diikutkan sentuhan suami isteri membatalkan wudu dan kedudukan wanita disebelah kiri imam jika menjadi makmum. Namun, saya senyap saya tak pasti apa hukumnya. Silap-silap saya yg salah.

Apabila kita di negara bukan Islam, KFC atau MacD pun kita akan tanya samada halal atau tidak. Rakan universiti saya di Aberdeen dahulu adalah seorang muslim Indonesia. Dia juga solat dan berpuasa di bln Ramadhan. Namun, apabila bab mkn, katanya janji bukan babi, baca bismillah dan mkn sahaja. Ya, saya ada tanya beliau pasal sembelih tapi dia jawab di Indonesia Islamnya membenarkan mkn tanpa ada kelulusan halal. Janji bukan mkn babi, anjing dan sbgnya. Saya senyap sahaja. Saya hormati beliau.

Kawan,

Selepas wafatnya Bgnda Rasulullah, Islam berpecah kepada beberapa ajaran. Perbezaan pendapat dan kegilaan kuasa menyebabkan agama Islam menjadi byk cabang. Hanya Al Quran dan Sunnah diwariskan kepada ummatnya.

AlQuran dibela oleh Allah namun sunnah menjadi masalah kepada orang Islam kerana ia bergantung kepada Hadith. Ia blh dibuat-buat atau dipadamkan atau ditukar seperti kitab Injil ke Bible. Oleh kerana itu, ia dipantau oleh satu organisasi yg mengesahkan hadis-hadis yg keluarkan oleh manusia.

Sebenarnya kita tidaklah digalakkan menegur sesuatu yg diluar kepakaran kita lagi lagi bab agama. Sepanjang pengajian saya, Islam terpecah kepada 7 ajaran selain Sunnah dah Syiah. Kesemuanya percaya Allah adalah Tuhan yg Esa tetapi berbeza amalannya.

Di Malaysia kita mengamalkan ajaran Imam Syafie tetapi jangan lupa diluar sana ada yg mengamalkan Imam Hanafi, Hanbali dan Imam Maliki. Ajaran mereka pun betul juga cuma berlainan cara dan amalnya.

Oleh sebab itu kita tidak digalakkan bercakap apa-apa diluar kepakaran kita. Kita blh bertanya dan kita blh berbincang dan tetapi kita tidak blh label mereka itu salah. Setiap orang ada rujukan mereka sendiri.

Belajar hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika kita rasa cara mereka salah, mereka pun akan fikir cara kita juga salah. Lama-lama kita berpecah belah. Mudah utk musuh datang mencelah. Lps tu kita salahkan orang lain kerana mereka Islam berpecah

Jadi adalah lebih baik kita diam dr berbicara tanpa apa-apa ilmu didada. Disarankan menambah ilmu sebanyak-banyaknya kerana satu masa nanti disebabkan ilmulah kita lebih byk berdiam dan memberi dr menghina.


Loading...

Tags: #Dosa #Jangan #Kita #Mendapat #NANTI.. #pasti #Perkara #takut #tegur #tidak

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Jangan Tegur Perkara Yg Tidak Pasti Takut Nanti Kita Yg Mendapat Dosa.."