Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Pdhnya.

Loading...

Oleh : Fadh Zakaria

Post emotional sikit…… 😞😞

Nak kacak, nak ringan badan, nak buang angin… sanggup minum air jenama Ixxxxx. Tak sampai sebulan minum, dr bacaan buah pinggang bawah 90 (normal bawah 100), datang hospital muntah-muntah, loya, tak larat sebab tak lalu mkn!! Bila periksa, bacaan fungsi buah pinggang > 1200!!!! 😱😱😱
 

Buah%2BPinggang - Jangan Suka Ambil Produk Mengarut, Rosak Buah Pinggang Buruk Pdhnya.

Rakyat Malaysia memang tak serik lagi ke…? 😠😠😠Macam mcm dah Dr Rafidah Abdullah, Dr Lily Mushahar, Dr Suryati Yakob serta kawan-kawan saya yg lain menulis tentang bahaya ubat-ubatan atau produk-produk ini. Kadang-kadang kami tak faham, mcm mana cara lagi kami nak khabarkan pd anda semua tentang betapa deritanya bila dah kehilangan fungsi buah pinggang dan terpaksa bergantung pd dialisis utk terus hidup. Ada yg terpaksa memohon jasa baik orang utk menderma buah pinggang pd kita, itu pun kalau ada… 😓😓 Tak cerita lagi kos utk menanggung proses dialisis dan masa yg terpaksa dikorbankan utk meneruskan kelangsungan hidup…😞😞

Muda lagi, patutnya masih blh berkhidmat pd bangsa dan negara, tapi kerana dek terpengaruh dgn mcm-macam godaan diluar sana, kerana kurangnya keyakinan pd perubatan konvensional, sanggup gadai fungsi buah pinggang hanya kerana nak kacak bergaya…. kononnya blh bg badan sihat dan muda sentiasa…

Ambillah iktibar..😓😓 Bukan nak aibkan sesiapa, saya sedih kerana terpaksa mmberitahu yg anda akan hidup dgn dialisis seumur hidup jika kami dpti buah pinggang anda tak dpt diselamatkan lagi.. hancur luluh hati saya kerana terpaksa memberitahu perkara ini… Satu lagi mangsa keadaan!!! 😭😭😭

Jom kita sama-sama siap siaga diri dgn pengetahuan:

1. Betapa pentingnya fungsi buah pinggang utk badan.


2. Betapa sukarnya hidup bila fungsi buah pinggang sudah teruk, dan betapa susahnya dialisis seumur hidup.



3. Betapa mudahnya fungsi organ ini menjadi mangsa keadaan atas kekhilafan diri- mengambil ubatan yg tidak diketahui kesannya hanya kerana kebaikan sementara yg dicanangkan penjual durjana!

Kawan-kawan, mari kita hentikan ‘penyakit’ ini….!!!!
Hentikan kerosakan buah pinggang yg disebabkan oleh ubat/produk tidak beretika dan bertauliah ini… kita kena TEGAS! sebelum ahli keluarga kita turut menjadi mangsa pd masa depan….

Tepuk dada tanya iman… Berimankah kita jika kita perjudikan buah pinggang kita…. 😎😎

#sayasayangpesakitsaya
#sayasayangbuahpinggangsaya
#GERAMdenganproduksampah

selamat berpuasa
Renung-renungkan dan selamat beramal!

Loading...

Tags: #Ambil #Buah #BURUK #Jangan #Mengarut #Pdhnya. #Pinggang #PRODUK #Rosak. #Suka

author
Author: 
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut
    #CadangMakan : Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Murah, Sedap & Berbaloi lah!
    Assalamulaikum gais, Pernah datang port mkn Mainroad di Jalan Ampang tak? Ha ni

    Comments are closed.