Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup

Loading...

MZ 20180113 O 13 Raof 20180114 seo 1 - Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Komitmen Kementerian Pendidikan meringankan beban guru terutama dr segi tugas-tugas perkeranian mendapat sambutan baik drpada warga pendidik memandangkan isu tersebut te­lah berlanjutan sejak sekian lama.

Namun, tugas per­­keranian tidak re­le­van bukan satu-satunya beban terpaksa ditanggung golongan itu sebaliknya terdapat masalah seperti bilangan guru tidak mencukupi.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raof Husin berharap, Kementerian Pendidikan memfokus terhadap isu itu juga.

“Ini bukan isu kecil. Jika satu sekolah kurang lima guru, sudah kira-kira 125 waktu di sekolah itu tiada guru dlm seminggu. Ji­ka tiada guru ganti, guru lain pula perlu gantikan mereka, se­kali gus menambah beban guru lain.

“Kini tiada perun­tukan sekolah meng­ambil gu­ru ganti termasuk utk guru yg mengambil cuti ber­salin. Peruntukan terpaksa diambil dr dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pd itu, Presiden Ikatan Gu­ru-Guru Muslim Ma­laysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hasan ju­ga berpendapat ma­salah kekurangan guru sesuatu yg perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan.

“Memahami impak kewa­ngan yg besar jika kementerian mahu membuka perjawatan yg lebih ramai utk guru, Azizee berpendapat kerajaan blh memperluas pelantikan guru interim di seluruh negara.

“Tetapi guru interim ini perlu diambil drpada kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan diberi jaminan akan diserap sbg guru tetap dlm tempoh beberapa thn. Utusan Malaysia pernah melaporkan pd Julai lalu terdapat 6,500 graduan masih belum ditempatkan.

“Maknanya, yg nak jadi guru itu ada ramai malah berkelayakan, cuma utk kurangkan beban kewangan lantik mereka sbg guru interim terlebih dahulu sebelum diserap menjadi guru tetap,” katanya.

Untuk rekod, pengambilan guru interim hanya dilakukan di Sabah dan Sarawak bg memenuhi kuota 90 peratus anak tempatan.

Sumber: Utusan

loading…

Loading...

Tags: #bilangan #CUKUP #Guru #Jangan #Juga #perkeranian #Sahaja #Sekolah #SELESAI #tidak #Tugas

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "Jangan selesai tugas perkeranian guru sahaja, bilangan guru di sekolah juga tidak cukup"