Jangan perlekeh kerjaya di bidang seni – Cikgu Hafiz

Loading...

56291001 2138169942897619 7846011432737964032 n 1 - Jangan perlekeh kerjaya di bidang seni - Cikgu Hafiz
Imej via Apizz Hassan
 “JANGAN PERNAH HINA KERJAYA SENI”

Artikel ini saya ingin kongsikan kepada semua terutamanya kepada adik-adik yg kreatif dan minat dlm bidang seni namun masih keliru utk memilih bidang pengajian. Saya juga pernah alami situasi yg sama dgn anda.

Jangan pernah hina kerja seni.

Sebelum itu, saya kongsikan dahulu kejayaan saya sehingga saya dpt menggenggam segulung ijazah sarjana dan Anugerah Naib Censelor serta dinobatkan pelajar terbaik dan mendapat Masters Excellence Awards. Dan kini saya jugak seorang pendidik di boarding school.

Ingin saya kongsikan tentang latar belakang pendidikan saya bermula dr SPM. Saya telah mengambil kesemua subjek sains seperti Fizik, Kimia dan Biology. Bukan itu sahaja, saya turut mengambil satu lagi subjek tambahan Pendidikan Seni. Alhamdulillah, result SPM saya lulus kesemua mata pelajaran dan ketika fasa itu saya dlm dilema utk memilih jurusan bidang pengajian. Ramai diantara rakan-rakan saya yg melanjut pelajaran ke matrikulasi dan program asasi. Setelah berbincang dgn keluarga dan guru-guru saya membuat keputusan utk melanjutkan pengajian dlm bidang diploma Seni Lukis & Seni Reka. Namun, ramai juga pertikaikan keputusan yg saya telah pilih.

Saya agak kecewa kenapa masih ramai mentaliti yg memperlekehkan bidang seni. Terdapat beberapa kata-kata mereka yg sehingga kini bermain difikiran saya, namun ketika itu saya hanya berdiam diri tidak mampu membalas kerana ketika itu saya masih mentah dan baru sahaja selangkah utk mengatur hidup. Sekarang! Saya akan jawab kesemua persoalan mereka. Bukan marah tapi ini sbg pedoman dan teladan utk orang-orang yg selalu ketepikan subjek Art.

“Memang nak ambik seni ke? Nanti nak lukis muka2 org tepi jalan tu ke? “

Inilah mentaliti orang sekarang yg selalu meletakkan subjek seni sbg subjek yg tiada masa depan. Utk pengetahuan, individu berseni ini sangatlah gifted sebab kami ini ada sedikit kelebihan yg orang lain tiada. Kelebihan kami sepatutnya dihargai dan diberi peluang utk kami terus berekspresi dlm berkarya.

Percaya atau tidak, jika anda menonton tv bersama orang yg menghargai seni, kami bukan sahaja menonton semata-mata, pandangan kami berbeza dgn anda. Kami akan menilai setiap keperincian dr kualiti resolution rancangan tersebut sehinggalah ke design baju, background, aksesori, make up, dan set rancangan tersebut.

“Kenapa taknak ambil aliran sains? Nanti blh jadi doctor.”

Saya ambik seni sebab saya nak negara kita berada setaraf dgn negara-negara maju yg lain. Kita bangga pakai produk dan kereta import, tapi kita tak pernah berusaha nak capai setaraf dgn mereka. Utk pengetahuan, negara kita ketandusan designer dan artist yg berkualiti menyebabkan produk-produk yg dihasilkan oleh negara kita tidak menjadi kebanggaan seperti produk dr negara luar.

Tengoklah bila hujung minggu, penuh beratur di gedung perabut ‘biru kuning’ itu sebab nak beli produk buatan ‘Sweden’ yg hanya berkonsepkan minimalist dan ringkas. Sedangkan Negara kita jauh lebih hebat dgn penghasilan perabot ukiran dan sbgnya. Cuma masih belum diketengahkan dgn baik utk mendapat daya tarikan pengguna.

“Seni? Kos lelong, keluar takde kerja, takde masa depan”

Meh nak sebut pasal kos lelong ni. Buat masa sekarang, perkataan ‘kos lelong’ tu dah blh dikuburkan kot. Ya lah, semua kena faham, setiap kos ada kelebihan dan peluang kerja masing-masing. Cuma rezeki kita ja yg menentukan sama ada kita akan bekerja sebidang dgn kos yg kita belajar atau tak. Dulu org kata kos saya keluar ja menganggur. Kini saya blh buktikan, kenalan saya yg memilih bidang ini mampu hidup utk menjalankan perniagaan sendiri. Maka, bila ada ilmu seni yg betul, maka hasil dan produk yg dijual sangat menarik dan berkualiti.

56164171 2138170039564276 1090983497763389440 n - Jangan perlekeh kerjaya di bidang seni - Cikgu Hafiz

Imej via Apizz Hassan

Dan kini, kenapa saya memilih utk menjadi pendidik, sebab saya nak buktikan pd golongan muda bahawa subjek seni merupakan subjek yg mempunyai masa depan. Inshallah saya akan mengeluarkan produk ‘pelajar’ yg berkualiti dan bermutu tinggi dlm menghasilkan karya pd masa akan datang.

Kepada ibu bapa diluar sana, janganlah halang kreativiti anak-anak anda dan janganlah pernah memandang rendah terhadap subjek seni. Sebenarnya bidang seni ini sangatlah luas. Antaranya, seni halus, pendidikan, seramik, fasyen, seni reka perindustrian, textile, fotografi, filem animasi, multimedia design, grafik, fine metal, pencetakan dan byk lagi.

Nukilan: Sir Hafiz Hassan, 2019

Loading...

Tags: #Bidang #Cikgu #Hafiz #Jangan #kerjaya #perlekeh #Seni

author
Author: 
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah

    Comments are closed.