Jangan Pening Nak Hidang Apa Utk Famili, Nah 2 Jenis Roll Utk Anda Cuba Masak

cover 12 1 - Jangan Pening Nak Hidang Apa Utk Famili, Nah 2 Jenis Roll Utk Anda Cuba Masak

Mak-mak jangan pening nak sediakan hidangan apa utk famili. Buat sesuatu yg simple tapi sedap. Salah satunya adalah roll. Anak-anak pun suka dan teruja sebab senang nak dimakan. Biasanya budak yg jenis memilih mknan, mereka akan suka mkn roll begini.

Cheese Roll atau Sardine Roll sangat sesuai utk minum petang atau sarapan. Hidangan ini tidak terlalu berat. Nak hidangkan pun senang. Cuma goreng saja. Kalau anda buat byk, blh simpan sejuk beku. Esok-esok nak mkn, ambil dan gorengkan saja.

RASA kongsikan resipi utk anda buat dua jenis roll ini di rumah. Anak-anak pun suka mkn roll mcm ni.

Cheese Roll

1 35 - Jangan Pening Nak Hidang Apa Utk Famili, Nah 2 Jenis Roll Utk Anda Cuba Masak

Bahan utk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dlm periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air

Bahan inti
Sekeping keju

Cara membuat
1.Sediakan tepung dlm bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yg dilarutkan dlm air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6.Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7.Letakkan keju dan gulung rapi.
8.Goreng dgn minyak panas menggunakan api sederhana.
9.Angkat dan toskan.

Sardin Roll

2 30 - Jangan Pening Nak Hidang Apa Utk Famili, Nah 2 Jenis Roll Utk Anda Cuba Masak

Bahan utk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dlm periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air

Cara membuat
1.Sediakan tepung dlm bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yg dilarutkan dlm air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.

Bahan inti
Minyak masak utk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa

Cara membuat
1.Masukkan minyak masak ke dlm kuali.
2.Tumis cili kisar.
3.Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4.Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5.Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6.Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.

Cara penyediaan
1.Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2.Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dgn kemas.
3.Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4.Angkat dan toskan.

Selamat mencuba!

Komen anda

Loading...

Tags: #anda #Cuba #Famili #Hidang #Jangan #JENIS #Masak #Pening #Roll

author
Author: 
    Resep Pisang Goreng Nugget
    Halo guys! Kali ini saya akan berbagi resep pisang goreng yang lagi hits
    RESEP RAHASIA TELUR GULUNG RUMAHAN ANTI GAGAL #221
    Harga Pembelian Untuk Bikin Telur Gulung Rumahan : – Wajan 11′ Rp. 18.500
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    Kuih Bingka Ambon (Ambon Honeycomb Cake; Kue Bika Ambon; 黄金糕) **
    【Recipe】http://kitchentigress.blogspot.sg/2012/09/kuih-bingka-ambon-video.html Bika Ambon is a cake from, not Ambon, but Medan. Aka kuih

    Leave a reply "Jangan Pening Nak Hidang Apa Utk Famili, Nah 2 Jenis Roll Utk Anda Cuba Masak"