Jangan Memandai-Mandai Bg Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor.

Loading...

Oleh : Shamsul Ramli

Siang tadi di sekolah aku ada borak-borak dgn akak seorang ni, dia bgtau: “ni, dlm group whatsapp sekolah lama akak ni, baru dpt tau kawan baik akak dulu, anak dia baru disahkan kanser. Sedih betul kami bila dpt tahu. Budaknya muda lagi, tengah belajar di Unimas. Akak blh cakap yg budak ni full package orangnya. Cerdik, cantik, baik budi bahasa. Dia punya tutur kata, alahai lembut betul Sham.

kanser - Jangan Memandai-Mandai Bg Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor.

 
Kenapa la budak sebaik tu blh kena kanser ye Sham…?”

Aku jawab:”kanser ni kak, dia tak memilih bulu, dia tak pilih orang. Orang baik kena kanser, orang jahat pun kena kanser. Ustaz kena, pencuri kena. Penyanyi kena, ahli sukan pun kena.

Kalau ikut yg tersurat, mungkin saja disebabkan oleh gaya hidup seseorang tu. mcm contoh saya, sah-sah la kena kanser sebab merokok. Ada juga yg dikaitkan dgn pemakanan yg kita ambil, ada juga disebabkan faktor persekitaran, dan ada juga disebabkan faktor genetik.

Tapi kalau ikut yg tersirat, mengapa Allah pilih seseorang itu utk diuji dgn kanser, itu Wallahua’lam. Kuasa Allah kak. Mungkin saja Allah nak hapuskan dosa-dosa orang tu, nak naikkan darjat dia. Mungkin Allah nak bg dia peringatan, sbg amaran. Atau mungkin saja Allah nak uji orang-orang di sekeliling dia. Kan…”

Akak:”Herm ye la kuasa Allah la semua tu kan. Tapi kan Sham, mak dia cakap kanser anak dia ni dah melarat. Doktor memang ada suggest beberapa kaedah rawatan. Operation utk buang kanser, kemudian nak buat kemoterapi. Tapi doktor tak blh bg jaminan la sebab kanser dia dah tahap 4. Eh Sham, biasa akak dengar bila tahap 4 ni peluang dah tipis ye Sham…?”

Aku:”Macam ni kak, doktor akan merawat ikut prosedur yg telah ditetapkan, mengikut kepakaran mereka masing-masing. Mereka tu pakar kak. Insha Allah mereka tahu apa yg mereka buat.

Tapi kak, doktor pun manusia juga. Mereka meramal mengikut pengalaman mereka, mengikut apa kata perubatan. Tapi sembuh ke gagal ke, sihat ke melarat ke, Allah juga yg tentukan kak.

Saya nak cerita sikit, saya sebenarnya dah ramai jumpa perkara-perkara ajaib ni kak. Ada tu yg doktor tak bg harapan pun malah doktor cakap tinggal beberapa bln sahaja utk hidup, tetapi dgn kuasa Allah berjaya juga sembuh.

Ada yg sembuh kak, bukan takde. Ada…

Ada yg dpt pulih dr kanser, hidup sampai ke tua, dan akhirnya mati bukan disebabkan kanser pun. Insha Allah semuanya kerja tuhan kak. Yg penting kita ni usaha sahaja.”

Akak:”Yela Sham kan moga-moga dia berjaya la dgn rawatan tu kan.

Tapi kan, yg akak geramnya dlm group tu dah ada yg pandai-pandai nak jadi doktor segera. Suruh mkn itu la, suruh ambil vitamin ini la. Suruh jangan pergi kemo la, nanti jadi lagi teruk la, jadi botak la. Hishhh ada ke sampai cakap mcm tu pulak dema-dema ni.

Akak tak nak bg cadangan yg bukan-bukan, tak berani akak. Lagi pun akak tau, mak bapa dia lagi la nak anak dia sihat, lagi la tau mcm mana nak mengatur rawatan utk anak dia.

Akak cuma bg kata-kata semangat je.”

Aku:”haa elok sangat la tu kak. Betoi sesangat dah tu. Gitulah kekdah yg sebaik-baiknya…”

Kemudian kami berborak hal-hal lain, dan tak lama lps tu aku minta diri, ada kelas.

Korang dpt apa yg aku nak sampaikan kat atas kan…?

Loading...

Tags: #anda #Bukan #Doktor #Jangan #Jika #MemandaiMandai #Nasihat #Perubatan

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Comments are closed.