Jangan melampau buat sambutan kecemerlangan murid

Screenshot 2019 03 15 13 47 16 1 - Jangan melampau buat sambutan kecemerlangan murid
SEKITAR pengumuman keputusan SPM
di salah sebuah SBP semalam.
– UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 15 Mac – Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ditegur agar jangan melampau membuat sambutan hari kecemerlangan pelajar sehingga terlalu mengangkat pelajar yg cemerlang dlm peperiksaan.

Tokoh Pendidikan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, situasi itu sekali gus akan mengguris hati dan emosi pelajar yg kurang cemerlang sehingga berlaku situasi banding beza dlm kalangan guru.

Tegasnya, meraikan pelajar cemerlang di peringkat sekolah sangat dialu-alukan kerana menghargai penat lelah guru yg mengajar namun, ada batasan perlu dijaga.

“Saya masih berpandangan yg berjaya itu perlu diraikan tetapi jangan terlampau menyanjung kerana kejayaan mutlak bukan pd ‘markah’ sahaja, ada ciri-ciri lain perlu kita ingat seperti berpersatuan, bersukan, keagamaan, kepemimpinan dan kemahiran berbahas,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sambutan hari kecemerlangan di kebanyakan SBP sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 semalam.

Nik Safiah malah memberitahu, ada pelajar cemerlang disebabkan daya ingatan yg kuat dgn mudah memahami sesuatu subjek manakala ada pelajar tidak cemerlang dlm peperiksaan, namun, kemahiran analitikal dan kognitifnya sangat tinggi.

“Contohnya, ada pelajar yg mungkin mendapat 5A atau 6A tetapi menyertai pertandingan debat peringkat sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan seperti yg pernah dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia setiap thn,” jelasnya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Buat #Jangan #kecemerlangan #Melampau. #Murid #Sambutan

author
Author: 
    Dikecam Rakyatnya, Raja Thailand Asyik Isolasi Diri Sambil Pesta Dgn 20 Selir di Jerman!
    slidegossip.com – Berbagai cara dilakukan orang-orang utk mengisolasi diri dr virus corona atau
    Nikita Mirzani Ngaku Masih Mau Layani Nafsu Dipo Latief Usai Mereka Ribut di Apartemen!
    slidegossip.com – Persidangan lanjutan kasus Nikita Mirzani berlangsung panas karena sempat terjadi cekcok
    Satu Lagi Artis Meninggal Karena Corona! Istri Dilarang Bertemu dan Lihat Jenazahnya!
    slidegossip.com – Di tengah mewabahnya virus corona atau covid-19, kabar duka kembali datang
    Tarif Endorse Muzdalifah Rp 450 Juta Per-Foto? Nia Ramadhani Langsung Tercengang!
    slidegossip.com – Meski tak terjun ke dunia artis, sosok Muzdalifah tak pernah luput

    Leave a reply "Jangan melampau buat sambutan kecemerlangan murid"