Jangan Main-Main Dgn Minyak Angin..

Oleh : Dr Rushdan Noor (Medical Mythbusters Malaysia)

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN

Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yg selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu byk jenama minyak angin di pasaran. Ia blh dikatakan minyak serbaguna utk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain-lain lagi. Sebenarnya di dlm minyak angin itu terkandung ubat yg dicampurkan bersama minyak.

MinyakBAngin - Jangan Main-Main Dgn Minyak Angin..


Ada 3 jenis ubat yg seringkali dimasukkan ke dlm minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah utk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sbg ubat.

Ketiga-tiga ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya blh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah). Ubat-ubat ini jika disapukan pd permukaan kulit dlm kuantiti yg byk blh meresap masuk ke dlm aliran darah dan blh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dgn menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yg tersendiri.

Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 thn yg mengandung anak ketiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin utk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dgn meletakkan kapas yg dibasahkan dgn minyak angin kepada bahagian gigi yg sakit. Semasa usia kandungan cukup bln, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dgn kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dpt diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah utk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yg tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.

Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga-tiga ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dlm bentuk serbuk. Ada juga pengilang yg menghasilkan ubat ini dlm bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Utk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam2 herba ke dlmnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain2. Apa sahaja yg ditambah ke dlm minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yg saya sebutkan di atas.

Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yg dimasukkan ke dlmnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu drpada ubat-ubat di atas, gunakan dgn berhati-hati pd bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan drpada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa-apa gejala, berjumpalah dgn doktor utk mengesan punca penyakit drpada cuba utk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yg tersebut di atas blh juga dimasukkan secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna.

https://www.msdmanuals.com/…/aspirin-and-other-salicylate-p…

https://www.rch.org.au/c…/guideline_index/Camphor_poisoning/

https://toxnet.nlm.nih.gov/cgi-bin/sis/search/a…


Loading...

Tags: #Angin #Jangan #MainMain #MINYAK

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Jangan Main-Main Dgn Minyak Angin.."