
KUANTAN, 17 NOV: Ibu bapa dan guru disaran utk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dlm perihal pelajaran kerana dibimbangi blh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.
Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa utk bermain dan menikmati masa gembira, dgn pengawasan drpada ibu bapa dan dibantu oleh guru.
“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu…tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.
“Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dgn Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka.
Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pd Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini, hari ini, yg turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.
Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.
Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yg berada di hadapan bgnda, bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan utk tidak ke sekolah pd hari tertentu.
Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.
“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu utk block (sekat) orang tersebut.
“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dgn orang dlm internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dlm laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka.
– BERNAMA
Tags: #Anak #Jangan #keterlaluan #menekan #pelajaran #Permaisuri