Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Utk Belajar..

Loading...

Oleh : Muhammad Musoddiq Bin Jaafar

Sebenarnya aku setuju dgn Dr Maszlee yg anak tidak divaksin itu tidak patut dihalang ke sekolah.

AntiBVaksinB2 - Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Utk Belajar..


Tidak patut kerana kesalahan ibu bapa dia, dia pula kena tanggung. Apabila anak tidak divaksin ke sekolah, inilah masanya mendidik anak-anak mendapatkan vaksin. Samalah seperti mak ayah ada hiv, anak pula yg kena pulau dan diskriminasi. Orang miskin ke, kaya ke, warga asing ke, kaum apa sekalipun, berhak mendapat pendidikan.

Nanti jika mereka pun tak kesekolah, makin membiak puak-puak antivaksin ni. Dari 1-2 keluarga, bertambah jadi 20-30 keluarga hasil dr keturunan pertama yg tidak mendapat pendidikan akan hal vaksin. Silap haribulan, apabila ada outbreak penyakit berkaitan vaksin, mereka menjadi duri dlm daging yg sangat dasyat kerana jumlah bilangan meningkat.

AntiBVaksin - Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Utk Belajar..


Aku faham akan hal herd immunity. Aku dah bertahun-tahun berperang dgn antivaksin.

Apa yg kita blh cadangkan, jika tidak mahu ambil vaksin. Ianya adalah satu jenayah kerana mengabaikan keperluan kesihatan kanak-kanak. Blh masuk kategori child abuse dimana hak penjagaan blh lucut sama sekali dan di penjarakan. Kita kena hukum mak bapak yg degil. Bukan anaknya.

Kalau nak lembut sikit. Terpaksalah kita buat sekolah khas utk antivaksin. Bg aku cara ni sebenarnya tak patut berlaku. Tetapi ini caranya mampu memberi pendidikan kepada mereka. Cuba baca kisah anak antivaksin yg dah masuk je umur 18 thn, terus dia ambil vaksin. Dlm diam dia sebenarnya tidak bersetuju dgn mak Ayah dia. Dia terdidik dgn baik akan hal vaksin. Cuba bayangkan remaja 18 thn itu kahwin dan ada anak ramai. Dan anak ramai tu membiak lagi. Jadilah punca outbreak penyakit berkaitan vaksin yg dasyat pd masa hadapan.

Dan satu lagi cara aku rasa efektif dan lembut adalah siapa yg tidak mahu vaksin anak, mak ayah tersebut tidak dibenarkan utk menikmati subsidi perubatan. Bayar seperti warga asing. Syarikat insurans pula, sama ada menghilangkan terus kelayakan atau mengenakan bayaran harga yahudi kepada mereka. Kalau jentik poket mereka, confirm cacing kepanasan mereka itu.

Loading...

Tags: #ANAKANAK #Belajar #Divaksin #Halang #Jangan #Sekolah

author
Author: 
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal
    7 Seleb Ini Ganti Nama Setelah Masuk Islam, Namanya Jadi Indah Banget!
    slidegossip.com – Memilih agama atau keyakinan memang sudah menjadi hak pribadi masing-masing orang,
    Dulu Laris Manis Jadi Artis Sinetron, Lama Tak Muncul Malah Jualan Kopi dan Rempeyek!
    slidegossip.com – Nasib orang siapa yg bisa tahu, terkadang berada di atas, di

    Leave a reply "Jangan Halang Hak Anak-Anak Tak Divaksin Ke Sekolah Utk Belajar.."