Jangan ganti kelas PJPK dgn Matematik, Bahasa Inggeris – Timb. Menteri

Loading...

20180718YM01 1 - Jangan ganti kelas PJPK dgn Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri
Imej via Malay Mail

GEORGE TOWN, 22 Feb — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggesa pihak sekolah utk tidak mengambil mudah terhadap pendidikan seks, dlm usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata pd masa ini pendidikan seks diajarkan di peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah sbg salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

“Malaysia telah menjadi kawasan panas utk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, jadi kita perlu mengajar anak-anak kita pd usia muda, bagaimana mencegahnya.

“Jadi saya berharap, pihak sekolah tidak akan menganggap PJPK sbg satu mata pelajaran yg tidak penting dan mengantikannya dgn kelas Matematik atau Bahasa Inggeris. Tolonglah jangan berbuat demikian,” katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniya Barathee di Gelugor di sini, hari ini.

Teo berkata pendidikan seks merupakan satu subjek yg agak sensitif dan sebab itulah ianya tidak dinamakan dlm subjek di sekolah, tetapi diletakkan sbg sebahagian drpada sukatan pelajaran di bawah PJPK.

Katanya kerajaan memandang serius mengenai perkara ini, dan bln lps satu pertemuan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeo, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa wakil dr pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bg melihat kaedah memperbaharui sukatan pelajarannya.

“Anak-anak kita pd hari ini mendapat maklumat drpada media sosial, Youtube, jadi adalah amat penting sekolah mengajar pelajar perkara yg betul dgn maklumat terkini,” katanya sambil menambah sukatan pelajaran mengenai pendidikan seks akan lihat semula dr masa ke semasa.

Katanya, pd masa ini, kanak-kanak prasekolah diajar bagaimana utk berkata “TIDAK” dan utk membezakan antara sentuhan yg selamat dan yg tidak selamat.

“Kami mengajar mereka membezakan ‘sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat’ dan ‘sentuhan selesa dan sentuhan tidak selesa’ utk mengelakkan gangguan seksual,” katanya.

Katanya lagi, kaedah pengajaran bg sekolah menengah adalah lebih rumit, dan pihak sekolah digalakkan mengasingkan antara pelajar lelaki dan pelajar wanita kepada dua kumpulan, supaya mereka dpt membincangkan mengenai topik ini dgn mudah.

Bagaimanapun, beliau berkata sokongan ibu bapa diperlukan dlm perkara ini, bg memastikan anak-anak mereka lebih faham mengenai perkara tersebut.

“Sukatan pelajaran dan bahan pengajaran mengenai subjek ini akan disediakan utk semua ibu bapa, dan mereka digalakkan utk manfaatkannya juga,” katanya. — Bernama

Loading...

Tags: #BAHASA #GANTI #Inggeris #Jangan #Kelas #Matematik #Menteri #PJPK #Timb.

author
Author: 
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut

    Leave a reply "Jangan ganti kelas PJPK dgn Matematik, Bahasa Inggeris – Timb. Menteri"