Jangan Ambil Mudah Dgn Demam Campak.

Oleh : Dr Rushdan Noor (Medical Mythbusters Malaysia)

JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN DEMAM CAMPAK

Bila sebut demam campak, ramai akan mendakwa pernah mengalaminya dan pd pandangan umum ianya satu jangkitan virus yg ringan. Jadi apabila doktor mencadangkan vaksin ke atas jangkitan virus demam campak, mungkin ada yg memandang remeh. Vaksin campak selalunya diberikan bersama vaksin rubela dan mump (begok), MMR.

Sebenarnya demam campak blh menyebabkan risiko kesihatan yg serius kepada anak dan juga masyarakat. Demam campak blh menyebabkan radang paru-paru (pneumonia),radang otak (encephalitis), pekak, buta, terencat akal dan kematian terutama pd kanak-kanak dan individu yg rendah sistem pertahanan badan.

campak1 1 - Jangan Ambil Mudah Dgn Demam Campak.


Pada thn 2000, sejumlah 546,800 kematian dilaporkan akibat demam campak di seluruh dunia. Hasil drpada program imunisasi yg baik, jumlah kematian telah menurun kepada 114,900 orang (penurunan 79%). Ini belum lagi mengambil kira jumlah kes-kes kecacatan.

Walaupun kebanyakan mangsa demam campak akan sembuh namun kita tidak dpt menjangka siapa yg akan menjadi mangsa kesan sampingan yg serius.

Berbeza dgn jangkitan-jangkitan yg lain, campak adalah penyakit yg sangat mudah berjangkit dan kadar pembiakan virus yg sangat cepat. Kejayaan program imunisasi bergantung kepada berapa peratus sasaran yg menerima vaksin dan peratusan ini dinamakan liputan. Katakan sasaran kita adalah 1000 orang, maka 90% liputan bermaksud 900 orang telah diberi vaksin.

Liputan yg hendak dicapai bergantung kepada jenis penyakit. Penyakit yg sangat mudah berjangkit memerlukan liputan yg lebih tinggi. Jika liputan itu tidak dicapai, maka program imunusasi itu akan gagal dan wabak penyakit akan berlaku. Lagi cepat virus itu berjangkit, lagi tinggi liputan vaksin yg diperlukan.

Campak2 - Jangan Ambil Mudah Dgn Demam Campak.

Garis sempadan liputan ini dinamakan “Herd Immunity Treshold” (HIT). Jika liputan kurang drpada HIT, maka wabak penyakit blh berlaku. Jika liputan melebihi HIT, masyarakat itu akan terlindung drpada wabak dan masyarakat ini dikatakan sudah mencapai “Herd Immunity”. Matlamat utama program imunisasi adalah utk mencapai “Herd Immunity”. Herd immunity blhlah dikiaskan dgn satu payung yg besar melindungi orang ramai drpada dibasahi air hujan.

Virus campak adalah di antara yg paling mudah berjangkit dan kadar pembiakan yg paling tinggi. Maka HIT utk mencegah wabak demam campak juga adalah tinggi iaitu 95%. Maksudnya drpada 1000 orang sasaran, kita perlu pastikan sekurang2nya 950 orang telah diberi vaksin. Jika liputan kurang drpada 95%, wabak penyakit blh berlaku. Lima peratus(5%) yg tidak menerima vaksin itu terdiri dr (1) anak yg belum cukup umur, (2) anak2 yg mempunyai alasan kesihatan utk tidak blh menerima vaksin, (3) anak yg terlepas vaksin dan (4) anak2 kepada ibubapa yg antivaksin.

Apabila golongan antivaksin meningkat, maka ia akan meningkatkan peratusan yg tidak menerima vaksin, contohnya drpada 5% kepada 10%. Dlm keadaan ini liputan vaksin akan menurun kepada 90% dan ini adalah di bawah paras HIT. Akibatnya wabak penyakit blh berlaku dan keseluruhan masyarakat akan terancam. Ancaman paling besar adalah ke atas 10% yg tidak menerima vaksin termasuk anak-anak antivaksin sendiri. Jadi antivaksin telah memangsakan anak-anak mereka sendiri dan anak-anak lain yg tidak layak menerima vaksin. Anak-anak yg menerima vaksin akan terlindung dan jikapun dijangkiti akan mengalami jangkitan yg jauh lebih ringan.

Kesimpulannya demam campak blh menjadi satu penyakit berjangkit yg sangat merbahaya kerana sangat mudah berjangkit dan kita memerlukan liputan vaksin yg tinggi utk mencapai “Herd Immunity”. Gerakan antivaksin jika tidak dikawal akan menurunkan liputan sehingga menyebabkan berlakunya wabak demam campak dan lain-lain penyakit berjangkit yg dicegah dgn vaksin. Jika anak-anak ini tidak bernasib baik, mereka akan mengalami kecacatan kekal dan kematian.

Loading...

Tags: #Ambil #Campak. #demam #Jangan #Mudah

author
Author: 
    Jadi Korban Tabrak Lari, Kondisi Ayah Jessica Iskandar Kini Patah Tulang dan Susah Nafas!
    slidegossip.com – Artis Jessica Iskandar (Jedar) kini tengah dirundung duka. Seperti dilansir dr
    Hibur Warga, Artis Cantik Ini Main TikTok di Tengah Banjir, Netizen: Calon Gubernur Masa Depan!
    slidegossip.com – Jakarta banjir lagi! Hujan deras yg melanda kawasan DKI Jakarta sejak
    Reading Materials to teach values in classroom
    Education isn’t just about reading, writing and arithmetic. It’s also about life, citizenship
    Speaking: Teaching English Using Dialogues
    For some ESL students, these unpleasant encounters happen almost every time they’re expected

    Leave a reply "Jangan Ambil Mudah Dgn Demam Campak."