James Gunn dilaporkan bakal menduduki kerusi pengarah filem The Suicide Squad. The Suicide Squad ialah sekuel kepada filem Suicide Squad yg menjadi sebahagian drpada filem DCEU. Walaupun filem tersebut mendapat kutipan yg memberansangkan, kritikan negatif drpada pengkritik filem menyebabkan studio Warner Bros mahu mereboot filem tersebut.

Sekuel Suicide Squad yg dikenali sbg The Suicide Squad sebelum ini bakal diarahkan oleh Gavin O’Connor. Namun, pengarah itu undur diri dan memaksa Warner Bros mencari pelakon baru. Apabila James Gunn dipecat Disney, Warner Bros mengambil kesempatan utk memarik pengarah itu utk mengarahkan filem DCEU.
Dan kini, The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa pengarah itu sah bakal mengarahkan filem tersebut. Filem ini bakal menggandingkan pelakon baru dan pasukan baru. Hanya Margot Robbie dan Viola Davis sahaja yg akan kembali ke dlm sekuel ini.
James Gunn kini dlm proses mencari pelakon yg bakal menggantikan beberapa watak dr filem pertama. Walaupun Deadshot sudah lagi tiada, pastinya James Gunn bakal menampilkan watak-watak lain yg lebih menarik.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Tags: #'The #Arah #bakal #Baru #Filem #Gunn #James #pelakon #Squad #Suicide