Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Loading...

Assalamualaikum…

Sebenarnya memang tidak rancang pun utk berjalan ke Angsana Mall Johor bahru kelmarin , memandangkan ada masa terluang  dan perasaan ” Excited ” tu muncul secara tiba-tiba sebab memang terlalu lama sangat tak ke sana . Kebetulan juga , di Angsana Mall ada Jualan Pra Ramadhan sampai rasa tidak sabar rasanya utk menyambut Bulan Ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi .

Sampai je di Angsana Mall tu dlm pukul 1.30 petang  sebab keadaan jalan menuju ke Angsana Mall dr Simpang Renggam blh dikatakan agak sesak walaupun pd hari cuti . Memang mencabar bila tersekat di dlm kesesakkan lalulintas yg panjang . Pusing punya pusing tertarik dgn satu nama butik ni iaitu Aisy Asyraf .

IMG 20190421 135316 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Lokasi Butik Aisy Asyraf ini berada di Aras 3 , Bangunan Angsana JB Mall , jadi memang strategik juga kedudukan butik ini dan senang dijumpa oleh semua pelanggan dr Johor dan Singapura . Suasana dan susun atur butik ini jug teramat kemas dan cantik . Memang datang mood utk menyinggah serta memilih koleksi-koleksi kurta yg ada . Ok jom sama-sama kita cuci mata dan pilih kurta yg berkenan di hati nanti 🙂

IMG 20190421 134856 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Kurta kanda ni nampak menarik juga

IMG 20190421 134925 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Antara koleksi Kurta Asqalani yg ada di butik Aisy Asyraf

IMG 20190421 135117 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Warna hitam ni nampak elegan , Kurta Rafael dan Kurta Kasih

IMG 20190421 135138 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Ini antara salah satu kurta yg menarik iaitu Kurta Kufi

IMG 20190421 135215 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor BahruKurta Khan yg simple

jIMG 20190421 135219 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Unik juga nama Kurta Nabeela ini

Sesi Mencuba Kurta Rindu Premium dan Kurta Rindu Printed

Setelah puas belek satu persatu kurta-kurta yg serba cantik ini , saya akhirnya tertariklah dgn Kurta Rindu Premium dan juga Kurta Rindu Printed .

Kurta Rindu Premium

IMG 20190421 140109 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Untuk Kurta Rindu premium ini , rekaannya amat kemas dan menarik iaitu dgn rekaan lengan 3/4 ,Garis leher bulat dgn lapisan kain ( atau lebih dikenali sbg teluk belanga )  , disertakan butang yg cantik dan kemas , Logo Aisy Asyraf bersulam di bahagian atas kiri .  Apabila mencuba Kurta Premium ini rasa teramat selesa sekali kerana ia terdiri drpada fabrik kapas yg berkualiti tinggi . Selain itu , ia juga muah di cuci dgn mesin basuh atau tangan . 

IMG 20190421 141431 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Ok , ini saya sertakan sekali gambar apabila sesi mencuba Kurta Rindu Premium tersebut . Amacam ? Smart tak ? 🙂

IMG 20190421 141504 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Taaadaaa… ini lagi satu gambar , hehehe posing maut kejap katanya 🙂

Kurta Rindu Printed

IMG 20190421 135001 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Untuk Kurta Rindu Printed pula , rekaannya sama seperti Kurta Rindu premium tetapi ia mempunyai corak yg nampak lebih elegan dan cantik .  Kurta Rindu Printed ini idatangkan dgn rekaan  lengan 3/4 . Jadi ianya amat sesuai utk digayakan utk suasana majlis atau jamuan ketika Hari Raya atau melawat sahabat handai . Ia juga didatangkan dgn rekaan Garis leher bulat dgn lapisan kain atau lebih dikenali sbg Teluk Belanga . Terdapat Logo Aisy Asyraf bersulam di bahagian atas kiri . Antara bahan-bahan utk kurta ini adalah fabrik bercetak dan teridi drpada tekstur kapas yg menjanjikan sipemakainya berasa amat selesa dan sejuk apabila memakainya nanti . Penjagaannya pula amat mudah dan mesra cucian mesin basuh dan cucian tangan . Kurta ini mempunyai rekaan Slim Fit .

Ok….jom lihat gambar-gambar yg sempat saya ambil semasa sesi mencuba Kurta Rindu printed ini 🙂

IMG 20190421 140903 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Smart kan ? 🙂

IMG 20190421 140923 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Ok ini pula gambar penuh Kurta Rindu Printed

jIMG 20190421 140553 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor BahruOk kali ini cuba warna biru pula , smart juga warna ini

IMG 20190421 140619 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Ok ini gambar penuh Kurta Rindu printed dr depan

IMG 20190421 142017 - Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Setelah hampir 45 minit membelek-belek semua kurta yg ada di dlm Butik Aisy Asyraf ini , saya teruja sekali apabila dapat memilih yg berkenan di hati…Jutaan terima kasih kepada staff yg bertugas kelamarin kerana sanggup melayan kerenah saya yg agak cerewet terutamanya apabila di dlm pemilihan kurta idalam di hati saya .

Kepada rakan-rakan yg ingin membeli kurta , blhlah segera singgah ke Butik Aisy Asyraf yg berada di Angsana Mall Johor Bahru ini nanti .

Aisy Asyraf  By Imam Muda Asyraf

Alamat butik :       L3.19, Aras 3 , Bangunan Angsana JB Mall ,

Pusat bandar Tampoi ,

81200 Johor Bahru .

Laman Web :       www.asyasyraf.net

Instagram  :        https://www.instagram.com/aisyasyrafjb/

Facebook  :        www.facebook.com/butikaisyasyraf/

Whatsapp  :      www.wasap.my/60177909869

The post Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru appeared first on wanzawawi[dot]net.

Loading...

Tags: #Aisy #Angsana #Asyraf #Bahru #Cari #JalanJalan #Johor #Kurta #plaza

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Comments are closed.