Itu satu tindakan biadab – Maszlee

4AACC8B5 31EF 4138 BDD8 D8FBA1C56BFC - Itu satu tindakan biadab - Maszlee

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, hari ini mengarahkan agar komik kontroversi garapan Hew Kuan Yau tidak disebarkan di mana-mana sekolah negara ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Maszlee berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menjalankan siasatan segera utk mengenal pasti sama ada wujud orang dlm terbabit membenarkan komik tersebut disebarkan di sekolah.

“KPM akan memastikan sesiapa sahaja – jika terbukti benar dakwaan ini – akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Menurut beliau, KPM tidak akan berkompromi dgn mana-mana pihak yg cuba menggunakan sekolah sbg alat propaganda murahan mereka.

Pada masa sama anggota parlimen Bersatu yg mewakili Simpang Renggam itu menggesa DAP utk mendisplinkan anggota mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh kepada perlembagaan serta undang-undang negara.

Kenyataan tegas Maszlee itu dibuat beberapa hari selepas 43 pemimpin dan Adun DAP membantah keputusan KPM melarang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diedarkan di sekolah negara ini.

Bantut agenda reformasi

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menganggap Maszlee sbg mengikut rentak bekas perdana menteri, Najib Razak dlm isu berkenaan.

“Kami nak tanya Maszlee: adakah beliau menteri dilantik PH atau Umno? Kalau dilantik PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada Umno yg rasis?” kata mereka..

Kenyataan tersebut ditaja Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan, Eric Teh, dan Timbalan Ketua Pemuda DAP Selangor, Koo Jeng Teng.

Lima Adun yg menandatangani kenyataan tersebut ialah Phoong Jin Zhe (Adun Luyang merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chow Yu Hui (Tras), Lee Chin Chen (Bilut) dan Leong Yu Man (Adun Triang).

Kesemua Adun tersebut adalah dr Pahang.


Loading...

Tags: #biadab #Maszlee #Satu #Tindakan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.