Itinerary Trip Ke Thailand Part 3

Mesti korang bosan sebab takde gambar kan? Maafla ye, bukan tak nak tangkap gambar cuma bateri handphone dah liaw. Tangkap gambar mana yg sempat je. Nak charge, charger tak ngam dgn plug. So, next time kalau korang nak pergi travel ke luar negara jangan lupa beli travel charger yg compatible dgn plug international. Haha nasib la sapa suruh tak bawak. Dah nama pun unplanned trip. Kinah charge handphone pun guna kereta. Nasib bawak kereta sendiri kalau tak sesat banat la kitorang kat Thailand tu.
TripBKeBThailand 1 - Itinerary Trip Ke Thailand Part 3
Berbalik semula pd sambungan cerita di Krabi. Alhamdulillah mujurlah cuaca pd pagi tu cerah. Jadi, kami sekeluarga ambik keputusan utk jalan-jalan di sekitar Aao Nang Beach tu. Pd mulanya, suami ajak naik gojek, gojek orang Krabi ni macam motor roda tiga tu tau. Tapi ada tempat duduk dan berbumbung. Korang blh imagine tak hehe. Bila tanya pd pemandu tu, suami kata better kita naik kereta je sebab kita sendiri pun tak tahu sampai pukul berapa nak pusing situ dan paling utama lebih safety sebab kita ada anak kecik. 

Pergi parking kereta, mujurlah masa tu tempat parking tak penuh sangat macam malam semalam. Kitorang dgn yakin, balik jalan-jalan dekat Aao Nang Beach tu confirm ada parking utk kitorang. Sebelum nak jalan-jalan kat situ, biasalah perut kena isi dulu. Masa tanya pemandu gojek tadi, beliau ada bagitau berdekatan dgn masjid ada kedai mkn halal dekat situ. 
So, kami terus ke sana ikut panduan pemandu tu. Hahhh memang betul ada kedai mkn halal kat situ. Orang kita lagi yg berniaga kat situ. Kitorang tak cari tempat lain dah terus terjah je Restoran Malayisa Krabi. Itu nama kedainya, dan ianya dikendalikan 100% orang kita, orang Perlis katanya. Dia berhijrah ke sini. Korang nak ke Krabi nanti blh la mkn di sini. Terubat jugak rindu nak mkn nasi lemak. Cuma bezanya, kali ni mkn nasi lemak Krabi lol. Bukan nasi lemak je ada, korang blh mkn roti canai, nasi goreng, bihun dan macam-macam lagi. Ala sama je menu kita sarapan pagi di Malaysia. 
Haa paling saya tak lupa, sebelum nak keluar dr restoran tu suami saya dah order siap-siap dgn orang kedai tu pulut ayam buat bekal mkn kami dlm kereta nanti. Lama kot perjalanan dr Krabi nak ke Songkhla semula. Korang kalau ke Thailand, jangan lupa cuba pulut ayam. Sedap sangat. Tapi pastikan korang beli tu dr kedai yg halal ye. 

Selesai sarapan, kami bergerak ke Aao Nang Beach. Kat situ dah nama pun beach mesti ada pantai. Thahirah ni begitu teruja bila nampak pantai, mulalah dia mintak nak mandi tepi pantai tu. Pd mulanya saya tak bagi sebab tak bawak baju tukar utk dia, tak bajet pun nak bawak dia mandi kat situ. Hujung thn, faham-faham je la musim tengkujuh. Tapi bila tengok keadaan pantai takdela bergelora dan ada pulak mat salleh tengah mandi dia lagi la bising nak mandi.
souvenierBthai - Itinerary Trip Ke Thailand Part 3
Kami pun bagitau pd dia, nak mandi kejap lagi. Kita pergi jalan-jalan dulu cari souvenier. Mujurlah dia ok.

Settle cari souvenier, ayahnya pun melunaskan janjinya nak bawakkan dia pergi mandi kat tepi tu. Jadilah buat lepas hajat. Berendam sekejap je. Lepas berendam tu cepat-cepat balik hotel dan mandikan dia sekali lagi. Dah siap mandikan semua, kemas-kemas barang utk check out. Serius best sangat bilik ni. Luas pulak tu. Nanti saya review hotel ni di entri akan datang.

Lepas pulangkan kunci, kami pun bergerak ke Songkhla semula. Setting maps apa semua bermulalah perjalanan kami. Masa ni la ambik kesempatan nak charge bateri lama sikit. Bila ikut maps yg google bagi, kitorang rasa kenapa kami tak ikut jalan yg ni semalam. Rupanya ada jalan short cut ikut jalan kampung Sabar je lah. Takdela lama sangat macam semalam. Tapi jalan Trang Andaman Getway tu tetap lalu jugak. Kami sampai ke Songkhla dah petang, mujurlah kami ada beli bekal masa di Krabi tadi. Alhamdulillah dapat lapik perut kami bertiga. Kenapa kami ke Songkhla semula?

songkhla - Itinerary Trip Ke Thailand Part 3
Sebabnya ada barang kami di hotel yg kami check in masa mula-mula masuk tu. Suami kata bagus jugak buat macam ni, sebab ada tempat kami nak berehat, mandi semua. Lepas dah mandi di hotel, suami ajak cari tempat mkn sebab dah lapar. Pusing-pusing la kami bertiga ke Samila Beach. Kat situ ada je kedai mkn yg halal. Suami saya belikan nasi paprik dan nasi goreng kampung. Tapi rasanya so so je la. Jadi la kan buat isi perut. Lepas mkn dan solat kami tidur sekejap sebab nak keluar dr Thailand hari tu juga. 
Tapi itulah sebaik-baik rancangan kita, rancangan Allah juga paling baik. Sampai je kat Danok kami tak lepas keluar sebab dah pukul 12 tengah malam. Ahh sudah takkan lan kami bertiga nak tidur dlm kereta ni dan duduk melangut je tepi pagar sempadan ni. Adehhh nak tak nak terpaksa la kami check in hotel dekat Danok. Hmmm korang tau-tau je la Danok ni tempat apa. Faham-faham sudah. Mujurlah ada cash money lagi dekat kami. Sebabnya nak keluar duit kat mesin atm dah tak blh dah sebab saya setting sampai 25 haribulan saja utk kegunaan pengeluaran atm di luar negara. 
Hmm entah apa nasib malam tu, hotel yg kami diami ni dia nak pegang pasport kami sbg deposit. Suami saya pertikaikanlah kenapa nak pegang passport kami sedangkan hotel lain cuma ambik passport buat salinan dan serahkan semula pd kami tapi hotel ni tak. Dia nak pegang yg original punya. Nak cari hotel lain, dah bayar. Malam tu suami mula lah resah gelisah panas punggung sebab dia pegang passport kami. Suami saya dlm dia panas hati tu, sempat lagi nak mkn. Suami pun keluar cari mkn kat area situ. Mujurlah ada kedai mkn yg bukak lagi masa tu. Sambil tu dia sempat menyembang dgn orang kita, dia meluahkan la apa yg dialami tadi. 

Menurut uncle tu, hotel tu buat macam tu sebab ada kes. Kes nya ada orang India menginap di situ mabuk dan entah macam mana terjadinya kebakaran. Disebabkan itu, pihak hotel tu buat macam tu. Hotel tu je yg buat macam tu. Hotel lain tak pun. Bajet hotel ni high class tapi sebenarnya apa orang sebelah cakap pun kita blh dengar. Hahhhh paling geram sekali sampai pagi kot diorang buat bising sebelah tu, taulah Krismas hari tu. Tapi hormati jugakla customer lain.
Kinah ni sebenarnya suka membelek hotel, kiranya check la apa yg ada dan menarik kat sini. Hmmm takde apa pun sebenarnya yg menarik kat sini cumaaa….. Kalau korang nak tau, hotel kami menginap ni ada servis ke bilik tau. Servis ke bilik yg saya maksudkan ialah servis mengurut sehinggalah servis ehem ehem. Faham-faham sendiri sudah. Dah nama pun Danok. Semua orang tau itu tempat apa. Malam tu kami tidur awal sebab kami nak keluar dr sempadan tu sebelum matahari naik. Awal pagi dlm pukul 6.00 kami check out. Ambik balik passport kami. Oh ye sebelum dapat passport tu, diorang akan periksa dulu bilik kita. Pergh strict betul hotel ni. Suami saya suruh follow pengawal tu, mana la tahu dia nak buat taik kat kita lepastu nak tahan passport kita. 
Kami nak takut apa, bukannya kami bakar pun bilik tu. Kami cuma tidur je. Jadi, lepas pengawal tu berpuas hati dgn keadaan bilik tu, baru la dapat balik passport kami semula dan terus ke pintu sempadan. Pagi lagi kot, tak ramai lagi. Jadi proses tu sekejap je. Akhirnya, berakhir lah percutian kami ke Thailand, dan kami pun bergerak pulang ke rumah mak saya di Perak.

Walaupun singkat, tapi pengalaman tu paling berharga. Walaupun banyak pengalaman yg manis, ada juga pahitnya. Nanti saya review hotel yg kami check in sepanjang kami di Thailand.
Loading...

Tags: #Itinerary #Part #Thailand #Trip

author
Author: 
    6 Artis dan Selebgram Ini Berdonasi Buat Corona! No 3: Nyumbang Gak Perlu Diumbar!
    slidegossip.com – Di tengah mewabahnya virus corona atau covid-19 di negeri ini, sejumlah
    Viral Video Surat Cinta dr Corona! Masihkah Manusia Berani Sombong dan Lupa Adab?
    slidegossip.com – Baru-baru ini, sebuah video yg berisi surat cinta dr virus corona
    Anies: Korban Corona Meninggal 283, Pusat: 123, Netizen: Rakyat Harus Percaya Siapa?
    slidegossip.com – Baru-baru ini, rakyat dibuat bingung dgn transparansi pemerintah pusat dlm menyampaikan
    Ganjar Pranowo Kaget Lihat Kiriman Bantuan APD Dari China, Ternyata Buatan Indonesia!
    slidegossip.com – China mengirimkan bantuan sebanyak 10 ribu Alat Pelindung Diri (APD) utk

    Leave a reply "Itinerary Trip Ke Thailand Part 3"