Itinerary Trip ke Thailand Part 2

Loading...

Itinerary Trip ke Thailand Part 2|Kita bersambung di bahagian 2 pulak. Selepas saja tukar duit dan simcard Thailand jenama Ais di Danok, kami pun bergerak ke Songkhla nak check in hotel yg dah kami booking. Perjalanan dr Danok ke Songkhla memakan masa dlm satu jam lebih jugak la. Fokus utama kami masa tu nak check in hotel dan mandikan Thahirah dulu sebabnya masa di Changlun tu kami tak mandi kan dia pun sebab dia masih tidur lagi. 
TripBKeBThailand - Itinerary Trip ke Thailand Part 2
Dalam pukul 9.00 am akhirnya kami sampai ke Wansiri Mansion, Songkhla. Lepas check in kat situ mandikan Thahirah dan loading barang, suami ajak pergi Krabi pulak. Katanya saja nak jalan-jalan kat situ. Kinah pun rasa alahai, tapi takpe dia yg drive bukan saya hehe. Tugas saya masa tu cuma setting maps nak ke Krabi.
Sepanjang perjalanan kami ke Krabi, macam-macam yg kami nampak depan mata kami. Salah satu antaranya ialah lori pick up terbalik sebab terlebih muatan. Diorang kat Thailand ni, apa yg saya nampak la selagi blh tau diorang bawak barang hmm kalau kat Malaysia tu confirm dah kena tahan dgn JPJ. Tapi diorang rileks je hehe. Struktur jalan mereka pun sangat cantik. Kebanyakan jalan diorang bersimen. 
TripBkeBThailand - Itinerary Trip ke Thailand Part 2
Perjalanan ke Krabi tu lama la jugak. Tengok dlm maps tu dekat 5 jam. Sampai tertidur saya, tapi suami steady lagi. Thahirah tak usah cakap la dia memang excited kalau bawak jalan-jalan. Elokla tu biar dia teman ayahnya. Lama dlm kereta perut dah berkeroncong. Suami ajak mkn dulu, sebab jauh lagi nak sampai Krabi. 
KedaiBMakanBHalalBDiBThailand - Itinerary Trip ke Thailand Part 2

Jadi, kami singgah la ke Khao Pubpa iaitu kedai mkn halal di situ. Kalau korang nak tahu , kedai ni terletak bersebelahan dgn Trang Andaman Gateaway. Cadang nak singgah situ dulu tapi pd masa tu hari tengah hujan tak dapat nak turun. Sementara tunggu hujan reda, kami isi perut dulu. Kat kedai ni, saya order nasi bersama paprik ayam, gambar tak sempat nak ambik sebab perut dah keroncong lapar sangat. Dah kenyang mkn, korang juga blh ambil gambar pemandangan di sekitar kedai Khao Pubpa ni. 
KhaoBPubpa - Itinerary Trip ke Thailand Part 2
Acara mkn dah selesai, Thahirah dah bising nak tengok gajah. Gajah tu bukanlah gajah sebenar, gajah tu cuma gajah yg diperbuat drpada batu. Mujurlah hujan dah reda, blhlah kami turun semula ke Trang Andaman Gateway dan mujurlah dekat saja. Sampai saja di bawah Thahirah dah rambang mata, banyak kot gajah yg ada kat situ.
TrangBAndamanBGateway - Itinerary Trip ke Thailand Part 2
TrangBAndaman - Itinerary Trip ke Thailand Part 2
Nampak macam gajah betul pulak
TrangBAndamanBGateway1 - Itinerary Trip ke Thailand Part 2
Habis bergambar di sini, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Krabi. Ingatkan dah tak jauh dah, rupanya jauh lagi kot. Tapi saya dah tak tidur dah masa ni sebab hujan agak lebat masa tu. Kami sampai ke Pekan Krabi pun dah petang sangat. Kinah bagitau pd suami, takkan  la datang ke Krabi ni pusing-pusing je lepastu balik Songkhla, jauh kot nak patah balik. Suami kata, apa susah kita cari je hotel kat sini dan tidur semalam. Adeiii 

Kita yg menurut perintah ni pun mencari la hotel yg berdekatan. Syarat utama suami dia nak hotel yg ada spa dan urut. Dia nak pergi berurut sebab penat drive. Okey saya mencari la hotel yg ada spa dan urut kebetulan dekat la jugak dgn pekan. Apa nama hotel tu saya tak ingat, mujurlah kami tak booking sebab hotel tu dah tak buat spa dan urut dah. Ish masa tunggu suami tanya, masa tu jugakla nak ke tandas. Lepas suami kata, cari hotel lain pulak.. saya mintak izin nak ke tandas.
Ni nak habaq ni tandas guest kat hotel tu bukannya ada paip air ye. Puas la saya belek kot kot la ada punat ke apa. Hmm haremmm ada. Last nya terpaksa jugak la kite ni lap je dgn tisu. Adeh memang tak selesa la. Settle je urusan tandas, kami gerak ke Ao Nang Beach. Haaa kat situ ada banyak hotel yg menawarkan spa dan urut. Suami pun pergi tanya hotel Baan Ban Dalay namanya. Rezeki kami ada bilik kosong dan terus je check in tanpa banyak soal dan berehat utk membersihkan diri. Mujurlah luggage kami angkut sekali😁
Cuma lecehnya dekat kawasan hotel kami ni parking sangat terhad. Kereta kami parking di hotel yg berhadapan dgn hotel kami. Aktiviti malam tu aktivti bebas. Lagipun dah malam kan penat tak habis lagi. Suami turun kejap beli mknan dekat situ dan bungkus bawak balik ke bilik utk mkn.
Kebetulan bilik kami ada balkoni siap ada bangku meja lagi. Kami mkn la tiga beranak kat situ sambil hirup angin malam Krabi. Dah plan siap-siap nak pergi ke pantai esok pagi. Lagipun tak jauh pun jarak hotel dgn pantai. Nak tahu apa aktiviti kami seterusnya tunggu bersambung part 3 pulak ye hehe
Loading...

Tags: #Itinerary #Part #Thailand #Trip

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Leave a reply "Itinerary Trip ke Thailand Part 2"