Itinerary Trip ke Thailand Part 1

Itinerary Trip ke Thailand Part 1 | Semuanya kami plan last minit termasuklah buat passport. Haha memang sungguh kerja gila. Pd mulanya kami cuma nak hadiri majlis perkahwinan adik kawan baik saya masa sekolah teknik dulu di Baling. Lepas salam dan berselfie berdua, saya dan suami decide nak pergi Thailand pd malam tu jugak.
TripBKeBThailand - Itinerary Trip ke Thailand Part 1

Dah alang-alang ke Kedah why not kami ke Thailand dah dekat dgn sempadan kan. So, lepas saja balik kenduri, suami saya terus drive ke Alor Setar. Nak kejar UTC Alor Setar utk buat passport. Masa di UTC, tak usah cakap la umat masa tu. Ramai sangat yg nak buat passport sampai ada yg berbaris di luar. Confirm semua tu nak pergi bercuti ke Thailand.
Passport kami akan siap dlm tempoh sejam, masa nak tunggu passport siap kami pergi mkn dulu di bangunan bersebelahan dgn UTC Alor Setar. Passport kami siap tepat pd pukul 9.30 pm itupun pegawai imigresen kata kalau kami lewat beberapa minit memang tak dapat la passport kami pd malam tu.
Haa passport dah siap, apalagi kami gerak ke Changlun nak buat insuran kereta pulak utk masuk ke Thailand. Kinah terus set google maps nak ke Changlun, sebab dah malam kan so tak berapa nampak jalan. Entah apa-apa la goigle maps bawak kitorang pdhal setting dah betul dah. Menyesal pulak tak masuk tol haha. Kami sampai ke Changlun dlm pukul 11.00pm. Punya la cari kedai yg buat insurans tu, akhirnya jumpa jugak satu kedai yg bukak. Itupun kalau nak diikutkan dah nak tutup dah. Dah rezeki kami dapat jugak buat insurans. 
Bila nak masuk Thailand ni, minyak kena la isi penuh sebab harga minyak kat sana blh tahan jugak mahalnya. Haa kami mencari pulak stesen minyak. Ada tu memang ada, tapi kena que panjang. Suami pun redha je la tunggu que masa tu. Okay dah settle semua, passport dah buat, insurans pun dah buat, minyak pun dah penuh apa lagi terus la ke Bukit Kayu Hitam. Masa tu baru la usha booking.com nak cari hotel. 
Sampai je Bukit Kayu Hitam, pegawai AKSEM tahan kami. Katanya pintu sempadan dah tutup. Kami lewat 20 minit katanya. Alaaaa tak dapat jugak nak masuk Thailand malam tu. Nampak kekecewaan muka suami masa tu. Dah la penat kejar sana kejar sini last tak dapat masuk malam tu jugak. Kinah pujuk suami, ada hikmah semua tu. Jadi, nak tak nak kami terpaksa patah balik ke Changlun cari hotel utk tidur. Takkan la kami nak tidur dekat pintu sempadan tu pulakkan.
Esokknya selepas subuh kami gerak ke Bukit Kayu Hitam. Masa tu tak sesak sangat. Jadi, prosesnya lebih cepat. Masa nak lepas border Malaysia tu, pegawai Imigresen cuma tengok muka saja dr dlm kereta, tapi bila di border Thailand semua kena turun utk scan muka.  Siap bahagian passport kena laporkan diri utk isytihar kereta pulak dan buat pemeriksaan. Okay dah settle semua welcome to Thailand.
ItineraryBtripBThailand - Itinerary Trip ke Thailand Part 1
Haaa sampai je Danok, perkara pertama kami cari Sim Card Thailand utk memudahkan perjalanan kami sepanjang di Thailand. Pd masa yg sama juga, suami saya tukar duit di situ. Hmm RM1100.00 bersamaan dgn 8000 Baht keh keh keh banyak jugak la tu. Ok lah nanti saya sambung cerita lagi perjalanan kami ke Songkhla pulak ye. (Masa ni tak banyak sangat gambar sebab dah malam)

Loading...

Tags: #Itinerary #Part #Thailand #Trip

author
Author: 
    Bertengkar Dgn Wanita Kulit Hitam, Pemenang Kontes Kecantikan Ini Dihujat: Kok Kayak Preman Sih!
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kelakuan seorang pemenang kontes kecantikan. Dlm
    Nasibnya Berujung Tragis! Remaja Ini Bunuh Diri Agar Bisa Hidup Bersama Tokoh Kartun Idolanya!
    slidegossip.com – Kisah tragis ini dialami oleh seorang remaja pria yg masih berumur
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat

    Leave a reply "Itinerary Trip ke Thailand Part 1"