Isu Tudung, Peguam PKR Jawab Mufti Wilayah.

Latheefa Koya | Menjawab Ulasan SS Mufti Wilayah terhadap kenyataan saya.

Saya merujuk kepada ulasan Sahibus Samahah (SS) Mufti Wilayah Persekutuan yg dibuat terhadap kenyataan saya. Tidak dpt dinafikan bahawa secara prinsipnya terdapat persamaan di antara pendapat yg diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dgn pendapat saya.

Lat 1 - Isu Tudung, Peguam PKR Jawab Mufti Wilayah.

Pertamanya, SS Mufti menyedari bahawa “dalam wacana yg bersifat dakwah dan perbincangan ilmiah, kami amat tidak gemar utk menggunakan sebarang peruntukan undang-undang yg blh disalah tafsir sbg “menindas” dan “kekerasan”, dan oleh itu blh dirumuskan beliau sendiri mengalakkan cara berdakwah iaitu dlm erti kata lain tidak memaksa dan tidak berkeras.

Seperti yg saya katakan sebelum ini, wanita harus diberikan pilihan utk memakai tudung atau tidak, tanpa dipaksa. Malah SS Mufti secara tepat juga menyatakan “Dehijabing adalah satu pilihan atas kehendak mereka”.

Walaubagaimanapun, adalah mengecewakan setelah memberi pandangan yg progesif terhadap isu ini, SS Mufti telah merujuk kepada Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian III – Kesalahan Yg Berhubungan Dgn Kesucian Agama Islam Dan Institusinya (Seksyen 11, Mengajar agama tanpa tauliah.) seolah-olah memberi satu ugutan yg tersirat utk menutup mulut wanita-wanita dr terus berbincang isu-isu serta pengalaman mereka dr segi kehidupan sbg seorang Muslim.

Suara dan pengalaman wanita adalah penting dlm perbincangan hukum-hakam fiqh bahkan undang-undang secara umum. Bukankah Imam Syafie sewaktu ingin merumuskan hukum mengenai haid wanita menggunakan pendekatan istiqra’ (deductive methodology) dgn mendengarkan pengalaman wanita.

Mendiamkan suara dan pengalaman wanita adalah tindakan ekstremis dan melanggar saranan SS Mufti itu sendiri yg bercenderung utk mengambil metodologi berdakwah dan bukan secara kekerasan dan paksaan.

Mungkin institusi-institusi agama perlu dingatkan bahawa gelaran-gelaran yg diberikan kepada para Mufti-mufti iaitu “Sahibus Samahah” itu sendiri membawa maksudnya “’yang memiliki sifat toleransi’.
Adakah gelaran itu kini harus dipandang secara sinis?

Wallahu a’lam bish-shawab. – 27 April 2019.

Loading...

Tags: #Jawab #Mufti #Peguam #Tudung #Wilayah

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Comments are closed.