Isu RMT, mudahkan urusan rakyat bukan suruh mereka merayu

Loading...

PhotoGrid 1549338040504 1 - Isu RMT, mudahkan urusan rakyat bukan suruh mereka merayu

ALOR SETAR 4 Feb. – Sebelum ini, tular di media sosial mengenai rungutan sesetengah pihak apabila anak mereka tidak lagi mendapat bantuan Rancangan Mknan Tambahan (RMT).

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan segera memberi respon dan menasihatkan mana-mana keluarga yg anak mereka tidak layak menerima RMT agar mengemukakan rayuan di sekolah masing-masing.

Persoalannya kini, mengapa perlu mengurangkan lagi jumlah penerima bantuan tersebut di kala ramai keluarga pd masa ini sedang dihimpit masalah kos sara hidup khususnya bg mereka yg mempunyai anak ramai.

Malah seperti dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof, ramai ibu bapa merungut apabila mendapati anak mereka sudah tidak lagi menerima bantuan RMT.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menambah baik sistem dan struktur bantuan tersebut, bukannya dgn mengambil tindakan mengurangkan jumlah penerima.

“Sepatutnya peruntukan utk golongan memerlukan ini ditambah selain tidak menyukarkan proses penyalurannya. Di Kedah sendiri, ramai ibu bapa merungut apabila anak mereka sudah lagi tidak mendapat bantuan tersebut.

“Sejak akhir-akhir ini, saya lihat byk bantuan utk kepentingan rakyat dipotong sedikit demi sedikit dan perkara seperti ini tidak berlaku pd zaman kerajaan terdahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Shahanim, tugas kerajaan adalah menjaga kebajikan rakyat dan bukannya menyusahkan lagi hidup mereka.

“Saya harap kerajaan mempertimbangkan utk tidak menggugurkan mereka yg menerima RMT sebelum ini. Jangan sukarkan rakyat lagi termasuk meminta mereka melakukan rayuan.

“Jangan lah potong peruntukan utk anak-anak ini,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Bukan #Merayu #Mereka #mudahkan #Rakyat #Suruh #Urusan

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Leave a reply "Isu RMT, mudahkan urusan rakyat bukan suruh mereka merayu"