Isu peruntukan, KPM perlu tunjuk kesungguhan elak persepsi negatif rakyat

PhotoGrid 1549527593896 1 - Isu peruntukan, KPM perlu tunjuk kesungguhan elak persepsi negatif rakyat

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kabinet wajar bertindak berhubung kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa byk peruntukan penambahbaikan prasarana sekolah kebangsaan dan sekolah agama masih di peringkat kajian Kementerian Kewangan.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat kini berasa khuatir kerana peruntukan utk sekolah persendirian Cina blh pula dipercepat melalui penyediaan dana khas Kementerian Kewangan.

Soalnya apakah kewajaran peruntukan tambahan utk sekolah kebangsaan dan sekolah agama negeri-negeri dilewatkan dan atas alasan serta faktor apa?.

“Kementerian Kewangan sewajarnya menjadi fasilitator kepada usaha menurunkan dana dan peruntukan bersesuaian kepada Kementerian. Jangan jadikan Kementerian Kewangan sbg `kubu’ utk membina kekuatan politik peribadi dan parti sendiri.

“Kegusaran rakyat ini ada asasnya. Prasarana sebahagian sekolah kebangsaan dan agama berada dlm keadaan cukup daif. Ia memerlukan dana segera dan kelewatan birokrasi seperti ini seolah-olah menjadikan pelajar sbg mangsa permainan politik,” katanya dlm kenyataan, di sini hari ini.

Reezal Merican berkata, kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan kelmarin mengesahkan wujud kelemahan di peringkat Kementerian Kewangan dlm mempercepat urusan perolehan peruntukan tambahan berkait prasarana pendidikan.

Tegasnya, maka itu, tidak salah jika ada persepsi umum dlm kalangan rakyat bahawa wujud peminggiran keutamaan dana utk sekolah kebangsaan dan agama.

“Dalam isu ini, kesungguhan dan komitmen Menteri Pendidikan wajar diberikan perhatian serius oleh kerajaan dan khususnya Kementerian Kewangan.

“Sebagai kementerian yg cukup strategik, kelemahan penyediaan peruntukan tambahan akan memberikan persepsi negatif dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Elak #kesungguhan #negatif #Perlu #persepsi #peruntukan #Rakyat #tunjuk

author
Author: 
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa
    Muat Turun Koleksi Buku Program, Buku Laporan Minit, Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agong PIBG
    Berikut kami kongsikan hampir 30 rekaan Buku Program Mesyuarat Agong PIBG, Buku Laporan

    Leave a reply "Isu peruntukan, KPM perlu tunjuk kesungguhan elak persepsi negatif rakyat"