Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah – Tun Mahathir

9E0E4FF4 3801 4FD2 837F 48FF142384F4 1 - Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah - Tun Mahathir
MANILA 9 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan hari ini mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dlm bahasa Inggeris di sekolah namun pd masa sama pengajaran subjek itu dlm Bahasa Kebangsaan tetap diteruskan.
Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bg penagajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.

“Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bg semua sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dpt keuntungan drpada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak utk belajar drpada bahasa itu.
“Khususnya, ramai yg berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yg lulus lebih mudah diterima di pasaran,” katanya kepada wartawan Malaysia pd hari terakhir lawatannya ke Filipina semalam.
Yang turut hadir dlm sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Mengenai lawatannya ke Filipina, Dr. Mahathir berkata, beliau berpeluang mengadakan pertemuan empat mata dgn rakan sejawatannya Presiden Rodrigo Duterte dan membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.
“Hampir kesemua isu (dibincangkan dgn Presiden Duterte) tidak ada yg tidak dipersetujui. Persepsi mungkin berlainan tetapi persoalan tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan subjek perbincangan yg begitu menekan,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Tags: #Ambil #Jalan #Kerajaan #Mahathir #Tengah

author
Author: 
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa
    Muat Turun Koleksi Buku Program, Buku Laporan Minit, Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agong PIBG
    Berikut kami kongsikan hampir 30 rekaan Buku Program Mesyuarat Agong PIBG, Buku Laporan

    Leave a reply "Isu DLP, kerajaan ambil jalan tengah – Tun Mahathir"