Istimewa Resipi Bubur Lambuk Terengganu Guna Byk Ulam Berkhasiat

untitled design 2019 04 04t102630.869 04 57 908184 1 - Istimewa Resipi Bubur Lambuk Terengganu Guna Byk Ulam Berkhasiat

Dekat nak bln puasa teringin pula nak mkn bubur lambuk. Apa yg menyebabkan bubur lambuk berbeza dr bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dr pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 sudu besar  lada hitam
  • 2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
  • 3 daun ulat bulu
  • 4 tangkai daun kesom
  • 2 tangkai daun kadok
  • 1 ikat pucuk paku hijau
  • 1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
  • 5 tangkai daun cekur manis
  • 5 tangkai pucuk ubi
  • 1 cawan ikan bilis
  • 2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
  • Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
  • 1 helai daun kunyit
  • 5 tangkai pucuk lada
  • Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
  • Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.

2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.

3. Masukkan bahan-bahan yg telah ditumbuk tadi ke dlm bubur nasi.

4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.

5. Bila sudah hampir utk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau sehingga cukup rata dan sayur layu.

6. Angkat dan hidangkan.

Kredit resipi & gambar: Hasmalizani Mustapha via MAHN


Loading...

Tags: #Berkhasiat #BUBUR #Guna #Istimewa #Lambuk #Resipi #Terengganu #Ulam

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.