ISTIKHARAH

ISTIKHARAH,5 / 5 ( 1votes )
Sembahyang Istikharah

Soalan:

Sila sebutkan cara atau kifayah sembahyang istikharah, bg hendak diamalkan.

Jawapan:

الحمد لله

1.      Sembahyang Istikharah yakni sembahyang mohon pilih di antara baik membuat sesuatu itu atau tiada baik membuat akannya sesuatu.

2.      Sembahyang Istikharah dua rakaat dibuat bagaimana sembahyang yg lain.

3.      Niat: نويت صلاة الاستخارة ركعتين لله تعالى  – Sahaja aku sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Taala semata-mata.

4.      Lps fatihahpada rakaat yg pertama sunnat dibaca surah قل يا ايها الكافرون sehingga akhirnya dan lps fatihah pd rakaat yg kedua sunnat dibaca surah Al-Ikhlas yakni قل هو الله احد hingga akhirnya.

5.      Lps salam sunnat dibaca doa yg masyhur yg datang drpada Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين ، اللهم انى استخيرك بعلمك واستقدر بقدرتك واسألك من فصلك العظيم فانك تقدرولااقدر وتعلم ولااعلم وانت علام الغيوب، اللهم ان كنت تعلم ان هذا الامر خيرلى فى دينى ودنياى ومعاشى وعاقبة امرى عاجله واجله فاقدره لى ويسره لى ثم بارك لى فيه ياكريم وان كنت تعلم ان هذا الامر شرلى فى دينى ودنياى ومعاشى وعاقبة امرى وعاجله واجله فاصرفه عنى واصرفنى عنه واقدرلى الحير حيث كان ثم رضنى به ياكريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمد لله رب العالمين

Ertinya:  Allah huma ya Allah, hamba mohon pilih diantara baik membuat perkara ini atau kurang baik membuat perkara ini dgn ‘alam Tuhan hamba dan hamba bermohon berkuasa membuat dgn qudrat Tuhan hamba dan hamba bermohon ke hadhrat Tuhan hamba dr kelebihan Tuhan hamba yg amat besar kerana Tuhan hamba berkuasa dan hamba tidak berkuasa dan Tuhan hamba mengetahui akan perkara-perkara yg ghaib. Allah huma ya Allah, kiranya Tuhan hamba mengetahui bahawa perkara ini baik kepada hamba pd agama hamba, pd dunia hamba, pd kehidupan hamba dan pd kesudahan pekerjaan hamba sama ada bangunnya  dan lambatnya. maka hamba bermohon takdirkan dia kepada hamba dan mudahkan dia kepada hamba kemudian mohon berkatkan hamba pdnya ya Tuhan yg maha murah.  Dan jika Tuhan hamba mengetahui bahawa perkara ini jahat dan buruk kepada hamba pd agama hamba dan dunia hamba dan kehidupan hamba dan kesudahan perkara hamba sama ada bangunnya. dan lambatnya maka mohon palingkan hamba drpadanya dan takdirkan bg hamba kebajikkan di mana‑mana ada kebajikkan itu kemudian mohon Tuhan hamba redhakan hamba pdnya. Ya Allah yg maha murah.

6.      Orang yg sembahyang Istikharah lps berdoa itu ia menamakan atau membutirkan hajatnya atau perkara yg dihajatnya dlm bahasaang ia ketahui.

7.      Bagus dikerjakan sembahyang Istikharah itu diwaktu malam lps Isyak waktu badan atau perut lega dr mknan yg dimakan dan blh juga dibuat pd siang hari atau lain-lain masa sebelum malam.

8.      Dimulakan doanya dgn الحمدلله رب العالمين  dan salawat kemudian doa itu dgn salawat dan الحمدلله.

9.      Lps berdoa itu dia dlm keadaan berharap-harap dan takutkan Allah jika lapang dadanya bg membuat perkara itu maka dia buatlah dan jika lapang dadanya bg tidak dibuat perkara itu maka dia tinggalkanlah dan jika tidak lapang dadanya bg membuat dan tidak membuat maka ia ulangkan sembahyang Istikharah itu sehingga lapang dadanya pd sesuatu.

10.    Inilah sembahyang Istikharah cara syara’.

وَاللهُ اَعْلَمْ بِالصَّوَابِ

 [YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA

HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]

Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #ISTIKHARAH

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "ISTIKHARAH"