Isteri meninggal dunia di ulang thn perkahwinan yg pertama

ScreenBShotB2016 12 28BatB6.52.13Bam - Isteri meninggal dunia di ulang thn perkahwinan yg pertama

KUALA LUMPUR: Kisah keutuhan cinta guru muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yg sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya meninggal dunia, jam 3 pagi tadi, di Hospital Kajang.

Lebih menyedihkan, kematian isterinya yg menghidap kanser buah pinggang itu berlaku pd tarikh ulang thn pertama perkahwinan mereka, hari ini.

Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pd jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.

Pada November lalu, BH menerusi artikel ‘Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat’, menyiarkan kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yg dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yg juga seorang doktor perubatan.

Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau sangat sedih kerana isterinya menghembuskan nafas terakhir tanpa beliau di sisi.

“Ketika itu saya berada di rumah mentua di Kajang. Tetapi saya tidak terkilan kerana dapat menguruskan pengebumian termasuk memandikan dan mengkafankan jenazahnya.

“Awal bulan ini, kami sempat membuat majlis ringkas dgn mkn bersama bagi menyambut ulang thn perkahwinan kerana isteri tidak sihat.

“Isteri menghadiahkan saya iPhone dan saya pula memberi album mengandungi gambar sepanjang perkenalan kami sbg hadiah ulang thn perkahwinan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, malam ini.

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau reda dgn pemergian isterinya dan sudah melakukan yg terbaik utknya.

ScreenBShotB2017 05 24BatB12.09.54Bam 1 - Isteri meninggal dunia di ulang thn perkahwinan yg pertama

Sementara itu, menerusi Instagram Ahmad Kamal Effendi, beliau memuat turun gambar perkahwinan mereka dan meluahkan perasaan sedih atas kehilangan isteri tercinta pd thn pertama ulang thn perkahwinan mereka hari ini.

Dalam kiriman itu, Ahmad Kamal Effendi, berkata semua yg berlaku umpama satu mimpi dan tidak menyangka hari ulang thn perkahwinan mereka menjadi hari isterinya dijemput Ilahi.

“Siapa pernah terfikir, utk hari yg sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yg kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang,” katanya menerusi Instagram.

Berita kematian Nik Idzni Dalila turut menjadi viral di laman sosial dan tidak henti-henti menerima salam takziah drpada rakan, keluarga dan pengguna lama sosial yg mengikuti kisah unik pasangan ini.

Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dgn majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pd 27 Disember, thn lalu.

ScreenBShotB2016 12 28BatB6.52.41Bam - Isteri meninggal dunia di ulang thn perkahwinan yg pertama
ScreenBShotB2016 12 28BatB6.52.30Bam - Isteri meninggal dunia di ulang thn perkahwinan yg pertama

http://www.bharian.com.my/node/227692


Loading...

Tags: #Dunia #Isteri #meninggal #perkahwinan #Pertama #ulang

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Isteri meninggal dunia di ulang thn perkahwinan yg pertama"