Islam Ialah Agama, Bukan Milik Bangsa Arab, Francis Tan Ditegur Pendakwah..

Loading...

Oleh : Firdaus Wong

Ramai yg salah faham dan gagal membezakan antara Islam, Muslim & Arab. Mereka menganggap Islam itu Arab & Arab itu Islam sbgmana mereka stereotaip Islam sbg ganas tanpa selidik & mengkaji lebih mendalam.

Individu bernama Francis Tan ini bukannya anti-Islam tetapi beliau kelihatan seperti anti semua agama! Cuma malangnya beliau membiarkan maklumat yg disampaikan oleh media massa menjadi bahan utama rujukan.

Francis 1 - Islam Ialah Agama, Bukan Milik Bangsa Arab, Francis Tan Ditegur Pendakwah..

Beliau mungkin sedar atau tidak sedar bahawa rujukan Islam adalah Al-Quran & Sunnah bukannya Malaysiakini, FMT, MalayMail, The Star, CNN atau BBC! Namun beliau rela membiarkan dirinya terus diperbodohkan.

Beliau dan sekutu mereka merelakan diri mereka diperbodohkan oleh media massa yg memberitahu mereka nampak bijak kerana mempercayai apa yg mereka sampaikan tanpa merujuk kepada sumber utama Islam – Al-Quran & Sunnah.

Kepada sahabat Muslim yg ternampak atau terlihat posting seperti ini, anda blh menegur tetapi pastikan teguran kita mengikut akhlak dan adab Islam.
Jangan sesekali memaki hamun dan mencarut kerana jikalau kita melakukan sebegitu rupa, apa beza kita dgn mereka? Kita ada panduan Al-Quran & Sunnah maka ikutilah petunjuk Al-Quran & Sunnah. 

Saya tidak setuju dgn tindakan sesetengah individu yg menyebarkan gambar ahli keluarga Francis Tan. Jangan begitu.

Buat anda yg jahil dan rela diri terus diperbodohkan, orang ramai tidak tahu anda jahil dan bodoh sehinggalah anda bersuara dan menulisnya! Adalah hak anda utk perasan diri anda pandai tetapi hakikatnya bodoh – jahil murakab. Kebodohan adalah pilihan individu. Benarlah firman Allah;

“Mereka (seolah-olah orang yg) pekak, bisu dan buta; dgn keadaan itu mereka tidak dpt kembali (kepada kebenaran).” (Al-Baqarah 2:18)

Usah membiarkan keharmonian antara bangsa dan agama di Malaysia terjejas kerana beberapa individu ini. 

Anda yg Belum Muslim juga perlu menegur sahabat anda yg Belum Muslim demi memelihara keamanan dan keharmonian negara kita. 

Ini bukan isu Muslim vs Belum Muslim tetapi ini sikap jahil & jahat individu!

Loading...

Tags: #Agama #Arab #Bangsa #Bukan #Ditegur #Francis #Ialah #Islam #Milik #pendakwah

author
Author: 
    Pamer Goyang Pocong, Farhat Abbas Tuai Cibiran Netizen!
    slidegossip.com – Nama Farhat Abbas kembali jadi sorotan publik terkait laporannya utk pengacara
    Pasang Jalur Gemilang terbalik di sekolah tidak disengajakan – KPN
    KUALA LUMMPUR – Pemasangan Jalur Gemilang yg dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah
    Balik Raya Haji Ke Terengganu
    Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha walaupun dah habis raya haji. Sorry baru

    Leave a reply "Islam Ialah Agama, Bukan Milik Bangsa Arab, Francis Tan Ditegur Pendakwah.."