IPG Kampus Ilmu Khas hasilkan Modul 10 Minit Perhimpunan

51697100 2235208663184450 3511753260518080512 o 1 - IPG Kampus Ilmu Khas hasilkan Modul 10 Minit Perhimpunan

Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Thn Ilmu Khas berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik berkata, penghasilan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) merupakan satu usaha positif yg perlu dihargai dan disokong oleh semua pihak.

“Perhimpunan sekolah perlu berubah drpada amalan konvensional kepada amalan yg lebih dinamik. Evolusi perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian dgn keperluan dan hasrat kementerian utk mencapai kemenjadian murid dlm pelbagai kemahiran.

“Saya berharap segala usaha memaksimumkan peranan alumni perlu disokong dgn tujuan mewujudkan hubungan yg sihat sesama alumni ataupun institut,” kata beliau semasa berucap pd majlis berkenaan.

M10MP ialah himpunan aktiviti ‘unpack curriculum’ yg komprehensif dan berstruktur yg dilaksanakan dlm tempoh 10 minit sewaktu perhimpunan sekolah.

Klik link Modul 10 Minit Perhimpunan

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), YBhg. Dato’ Sulaiman Wak; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad; Pengerusi Alumni IPGKIK, Datuk Siti Salmah Mat Jusak serta Pengarah IPGKIK, YBrs. Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

Dalam pd itu, kata beliau, amalan dan teori pengajaran di IPG tidak lagi blh menggunakan amalan tradisional seperti pd thn 1980-an utk diaplikasikan kepada warga siswa IPG yg hari ini lahir pd thn 2000.

“Hari ini, dunia berubah. Dan anak-anak kita di bilik darjah, di sekolah-sekolah juga berubah. Oleh yg demikian, para pelatih guru, siswa di IPG juga harus berubah kerana cabaran mendidik pd thn 2020 berbeza dgn cabaran ketika para guru mengajar di sekolah pd thn 1980-an,” tambah beliau.

YB Dr. Maszlee turut memaklumkan bahawa selain pendidikan berteraskan nilai, KPM juga memfokuskan ketinggian kualiti sbg hala tuju yg perlu dicapai bersama.

“Ketinggian kualiti merangkumi tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevansi dan keberkesanan. Alumni berperanan menyokong sesebuah institusi pendidikan dlm pelbagai aspek seperti sokongan kepakaran, sokongan material, sokongan moral mahupun aktiviti sukarela,” kata beliau.

Beliau dlm pd itu menyeru kepada Alumni Ilmu Khas agar membantu IPG Ilmu Khas dr segi bantuan kewangan melalui sokongan pihak swasta dlm memastikan IPG ini melahirkan lebih mahasiswa pendidik yg kompeten, cemerlang dan dihormati.

Klik link Modul 10 Minit Perhimpunan

Loading...

Tags: #HASILKAN #Ilmu #Kampus #khas #MINIT #Modul #Perhimpunan

author
Author: 
    Lirik Lagu Kill This Love -Blackpink lyrics
    Lirik Lagu Kill This Love -Blackpink lyrics BLACKPINK Lyrics“Kill This Love” Yeah,
    Tonton Drama Nur 2 Episod 11 Full
    Tonton Drama Nur 2 Episod 11 Full. Dlm episod kali ini, Madi dah
    OST Kamar Kamariah – Aku Bukan Malaikat (Siti Nurhaliza)
    OST Kamar Kamariah – Aku Bukan Malaikat (Siti Nurhaliza)  : Drama ini bakal menghiasi

    Leave a reply "IPG Kampus Ilmu Khas hasilkan Modul 10 Minit Perhimpunan"