Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru.

IntipatiBMenarikBBajetB2019BMalaysiaBBaru - Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru.

Berikut adalah antara intipati penting dan menarik Belanjawan 2019 yg telah dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pd jam 4.00 petang, Jumaat, 02 November 2018.

Ringkasan Kandungan Intipati Penting Bajet 2019 Malaysia Baru:

  1. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi drpada jumlah yg didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.
  2. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bg projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
  3. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bg menyelesaikan hutang 1MDB ini.
  4. Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion.
  5. Kerajaan telah membatalkan projek Multi-Product Pipeline dan Trans-Sabah Pipeline berjumlah RM15 bilion. Selain itu, kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.
  6. Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yg bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.
  7. Menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura yg menelan belanja sekurang-kurangnya RM110 bilion.
  8. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 drpada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.
  9. Bagi projek MRT2 yg diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion drpada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.
  10. Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yg besar.
  11. Kerajaan akan mengambil segala tindakan utk mendapat segala dana yg hilang atau dicuri drpada 1MDB.
  12. 1MDB dan Kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$ 4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar dan sebaliknya akan menuntut pemulangan US$ 1.46 bilion yg telah dibayar.
  13. Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dlm tempoh satu bln dr tarikh 5 November 2018.
  14. Di bawah GST, bg barangan, hanya 545 item telah dikenakan pd kadar sifar manakala di bawah SST, hampir sepuluh kali ganda item dikecualikan drpada Cukai Jualan.
  15. Berdasarkan kajian awal Kementerian Perdagangan dlm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 70% atau 291 drpada 417 barang dan perkhidmatan yg telah diperiksa, didapati terdapat penurunan harga pd September 2018.
  16. Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit utk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.
  17. Perkhidmatan yg diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.
  18. Bagi perkhidmatan atas talian yg diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dgn Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yg berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
  19. Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Program) utk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yg tidak dilaporkan.
  20. LHDN akan meneliti dan menyiasat sebarang harta kekayaan luar biasa yg ditunjukkan melalui pemilikan barang-barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.
  21. Setelah berjaya melancarkan sistem SST, Kastam akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas penyeludupan rokok.
  22. Kerajaan berharap utk mendapatkan semula sekurang-kurangnya RM1 bilion drpada usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan penipuan, yg sebelum ini tidak dpt dikutip.
  23. Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bg semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.
  24. RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.
  25. Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dgn memberikan bantuan secara lebih bersasar.
  26. Isi rumah berpendapatan blnan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  27. Isi rumah berpendapatan blnan dr RM2,001 sehingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  28. Isi rumah berpendapatan blnan dr RM3,001 sehingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  29. Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 utk setiap anak berumur 18 thn ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yg tidak dihadkan umur mereka.
  30. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran pdnan RM40 setiap bln sbg insentif kepada suami penyayang yg mencarum dgn kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.
  31. Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yg berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.
  32. Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bg kereta atau 40 liter bg motosikal.
  33. RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dpt memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.
  34. Barangan yg terlibat adalah tepung gandum, gula bertapis dan minyak masak dlm paket 1kg, serta beras tempatan 15% hancur pek 10kg, Petrol RON95, diesel dan LPG.
  35. Subsidi bil elektrik blnan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yg berdaftar dgn program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.
  36. Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bg rakyat Malaysia yg berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bg majikan dikurangkan drpada 6% kepada 4%.
  37. Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dlm arus pembangunan serta dpt menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yg menggaji pekerja dlm kategori ini.
  38. Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yg masih menerima pencen kurang drpada satu ribu ringgit.
  39. Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun utk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak.
  40. Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.
  41. Kerajaan melalui usahasama dgn syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
  42. Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pd kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.
  43. Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion utk perkhidmatan kesihatan yg merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding thn lps.
  44. Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dgn peruntukan sebanyak RM20 juta.
  45. Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bg rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
  46. Kerajaan bercadang utk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pd kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dlm bentuk pembungkusan yg sedia diminum.
  47. Mempertingkatkan keselamatan dlm negeri dan pertahanan negara dgn peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dlm Negeri.
  48. Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta utk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yg dikenal pasti.
  49. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju utk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yg tidak tertakluk kepada kawalan harga utk projek baharu.
  50. Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta utk memperkenalkan pas blnan RM100 tanpa had perjalanan yg meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.
  51. Tabung Pengangkutan Awam dgn dana RM500 juta yg menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak 2% kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali pengangkutan awam.
  52. Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dlm bandar pd thn 2019 yg melibatkan implikasi kewangan yg dianggarkan sebanyak RM700 juta.
  53. Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dgn implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.
  54. Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yg terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% drpada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan thn 2019.
  55. Peruntukan bg bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion utk membantu golongan yg miskin melalui bekalan mknan, buku teks dan bantuan tunai.
  56. Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dgn peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta thn 2018. (Sekolah Kebangsaan – RM250 juta; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta; Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta; Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta; Sekolah Mubaligh – RM50 juta; Sekolah Tahfiz – RM50 juta; Sekolah Pondok yg berdaftar – RM25 juta; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta; dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.)
  57. Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bg pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.
  58. Memperuntukkan RM206 juta utk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
  59. Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan utk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bg meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.
  60. Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dgn peruntukan RM400 juta.
  61. Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dgn peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.
  62. Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) utk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yg diiktiraf dlm jangka masa 5 thn.
  63. Pembayaran balik PTPTN dgn cara potongan gaji berjadual antara 2% sehingga 15% drpada pendapatan blnan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
  64. Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bg Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan drpada RM6,000 kepada RM8,000.
  65. Potongan pinjaman kepada pelajar drpada isi rumah B40 yg mendapat keputusan kelas pertama.
  66. Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yg berusia 60 thn dan ke atas dan berpendapatan kurang drpada RM4,000 sebulan, yg memanfaatkan 350 peminjam dgn kos RM4.2 juta.
  67. RM100 juta diperuntukan sbg persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dgn harapan membawa pulang pingat emas pertama negara.
  68. RM10 juta utk membangun dan menggalakkan E-Sports, sbg sebuah aktiviti dan industri yg diminati oleh generasi muda, yg melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.
  69. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bg thn 2019 berbanding RM1.1 bilion thn 2018 bg memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
  70. Sejumlah RM150 juta disediakan bg melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ utk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dgn penggunaan braille.
  71. Kerajaan akan meneruskan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dgn peruntukan RM30 juta. Tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RM100 juta utk FIMI yg khusus bg penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.
  72. Kerajaan juga akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yg dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pd hujung thn 2018.
  73. Khazanah Nasional Berhad akan membangunkan 80 ekar tanah di Subang sbg hub aeroangkasa bertaraf dunia.
  74. Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dgn 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion utk PKS Bumiputera;
  75. Memperuntukkan RM100 juta bg menambahbaik keupayaan industri PKS dlm industri halal.
  76. Menyediakan Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM1 bilion disediakan oleh institusi kewangan Islam dgn Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak 2%.
  77. Permodalan Usahawan Nasional Berhad juga akan menyediakan peruntukan RM200 juta bg industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan utk disewa kepada PKS Bumiputera.
  78. RM100 juta akan diperuntukkan kepada TEKUN utk membiayai usahawan kecil.
  79. RM20 juta utk pelancaran kempen “Beli Barangan Malaysia” utk menyokong produk dan perkhidmatan tempatan.
  80. RM30 juta bg membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
  81. RM2.46 bilion bg kerja menaik taraf dan memulihara landasan keretapi utk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara.
  82. Menjadikan tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah sbg Zon Perdagangan Bebas utk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.
  83. RM30 juta bg membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
  84. Kerajaan akan menyediakan Insentif Pengeluaran Getah dgn peruntukan sebanyak RM50 juta bg membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil. Pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan drpada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.
  85. Geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bg program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa utk meningkatkan angka ketibaan pelancong.
  86. Kerajaan komited utk menjadikan Pulau Pangkor sbg pulau bebas cukai utk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut.
  87. Taraf Pulau Langkawi sbg pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan lagi.
  88. Membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dgn peruntukan RM926 juta.
  89. Meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dgn peruntukan RM694 juta dan RM738 juta masing-masing.
  90. Memperuntukkan RM85 juta utk kampung baharu bg tujuan menaiktaraf dan memulihara infrastruktur asas seperti jalan raya, dewan komuniti dan kawasan lapang.
  91. Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bg menaiktaraf jalan, RM160 juta bg projek sistem bekalan air, RM35 juta bg projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.
  92. Peruntukkan RM10 juta disediakan utk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yg bekerja.
  93. Kerajaan akan memperuntukkan RM286.8 juta utk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.5% drpada RM242.1 juta yg diperuntukkan thn lps.
  94. Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini melibatkan kos RM1 bilion.

Loading…


Loading...

Tags: #2019/ #bajet #Baru #Intipati #Malaysia #Menarik

author
Author: 
    Di Desa Ini, Gadis Muda Wajib Menikah Sesana Jenis Dgn Wanita Tua! Tapi Mereka Bisa Punya Anak!
    slidegossip.com – Orang-orang asli Benua Afrika, kehidupannya dikenal masih kental dgn adat budayanya.
    Usai Nikah, Wanita Ini Baru Tahu Ternyata Suaminya Perempuan! Begini Caranya Menipu Keluarga dan Penghulu!
    slidegossip.com – Siapapun pasti menginginkan kebahagiaan bersama pasangan setelah menikah. Namun apa yg
    Begini Cara Reza Menipu Para Korbannya Hingga Si Wanita Rela Melepas Pakaian di Hadapannya!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan pemuda berusia 24 thn asal Jambi bernama M
    Artis Ini Melelang Keperawanannya Rp 2 Miliar Buat Pejuang Corona! Belum Dpt Uang, Malah Ini yg Terjadi!
    slidegossip.com – Artis dan selebgram cantik bernama Sarah Salsabila Keihl membuat heboh dunia

    Leave a reply "Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru."