INILAH RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP NAK GULAI DAGING KERUTUK

ASSALAMUALAIKUM…

Salam semua

Menu kerutuk daging menu orang Kelantan dan menu kegemaran juga, biasanya kalau tak masak dgn daging ganti dgn ayam, kalau nak lagi rare ganti dgn itik dan serati. Tapi masuk itik serati ni, tekak tak blh terima hii.Kalau macam lama tak mkn memang akan merindui sangat nak masak lagi. Sekarang dah mudah kan, ada rempah siap tak kira lah jenama apa pun, adabi pun ada, Faiza pun ada.

C360 2018 09 11 13 35 26 306 01 - INILAH RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP NAK GULAI DAGING KERUTUK

Kerutuk daging, macam – macam style orang masak, tapi yg penting kuah kena pekat – pekat salut gitu, bukan cair, Walaupun dah banyak kali buat, resepi yg inilah sedap rasa di tekak, ringkas dan mudah,bahan pun mudah cari ya. Cuma rempah kerutuk ni, kalau kat sini jual kat kedai kampung, kalau tak jumpa yg cap adabi, rempah macam dlm gambar bawah lah yg guna. Cap MIEDAS, tapi ada juga guna cap lain pun. Kadang – kadang rempah kerutuk ni kalau tanya orang tua dia tahu lah rempah kerutuk ni tak sedap lah itu lah hii. macam – macam kan. Wani tak kisah tak ada cap adabi ambil cap lain hii.

Sini kalau jumpa menu kerutuk kat kenduri kahwin, lebih lagi kalau hidang yg dlm talam tu, Ayam buku besar, tapi mkn ramai – ramai.

Kali ini nak share resepi yg diambil dr blog Cik Wan ni, memang sedap resepi beliau sangat mudah, cuma ada tumis belacan mula – mula tu ikut arwah nenek punya resepi. :). yg lain tu sama.

Jom lah cuba, daging kerutuk, masak guna noxxa nak bagi cepat empuk, jadi ada 2 pilihan di sini. Resepi yg paling mudah dah ni.

RESEPI KERUTUK DAGING NOXXA YANG SEDAP LAGI MUDAH
Sumber : cikwankitchen

BAHAN – BAHAN 

1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yg dihidangkan semasa kenduri) atau seekor ayam potong empat

1 biji kelapa ambil santan secukupnya

1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ blh beli yg ready made

1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dgn air panas

Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang

5-7 biji cili kering

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

Seinci halia

Seinci lengkuas diketuk ( wani tumbuk )

1 batang serai diketuk ( letak 2 batang )

Gula melaka/gula

Garam

Sedikit air asam jawa

CARA – CARA

 1. Sediakan bahan tumis:

 rempah kasar 4 sekawan

 2 ulas bawang merah dimayang

 2 ulas bawang putih dimayang

 sedikit halia dimayang

2. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)

3. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis sehingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan rempah kerutuk, tumis sehingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.

5. Masukkan daging/ayam dan kacau sehingga keluar air daging.

6. Masukkan santan.

7. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dlm gambar di atas.

 Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Blh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dgn ketumbar dan jintan manis yg telah disangai.

BAHAN TAMBAHAN

Sedikit belacan utk tumis

Ubi kentang 3 biji potong 2

CARA – CARA DENGAN  NOXXA

1. On kan stir fry, tuangkan minyak kalau nak masukkan terus semua bahan nak ditumis tu tak apa, nampak minyak dah panas, kacau sehingga bahan tumisan naik bau.

2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging sebati dgn bahan tumisan. offkan stir fry

3. Masukkan air asam jawa dan serai diketuk, santan, gula melaka

4. Setkan high pressure 25 minit dan tekan butang on.. pastikan tombol pusing ke pressure.

5. Setelah bunyi beep, lepaskan tekanan dgn putar tombol pressure ke steam.. tunggu wap habis keluar dan injap jatuh blh buka tudung

6. Masukkan ubi kentang ,tutup balik, tombol ke pressure dan tekan HP 3 – 4 minit. Selepas bunyi beep, tekan off,  lepaskan wap dan buka tudung

7. Onkan stir fry , letak kerisik dan biarkan mendidih sambil kacau sekali sekala .nak bagi pekat kuah.. kerisik tu penting ya,, wajib letak kalau tak letak , kuah tak akan pekat … bahan yg penting dlm kerutuk

7. Bila nampak kuah dah pekat, off kan stir fry dan blh masukkan garam secukup rasa .. garam biasanya  wani masuk step last sekali

C360 2018 09 11 11 30 44 057 01 - INILAH RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP NAK GULAI DAGING KERUTUK
Jemput tonton di my youtube channel 

Loading...

Tags: #Daging #Gulai #Inilah #KERUTUK #Mudah #Paling #Resepi #Sedap

author
Author: 
    Kesaksian Mengejutkan Ustad Yusuf Mansur: Memang Benar Mamah Dedeh Meninggal, Tapi…
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kabar duka yg datang dr dunia
    4 Artis Indonesia yg Dikabarkan Meninggal Pdhal Sehat Walafiat! No 3 Katanya Tewas Kecelakaan!
    slidegossip.com – Byk kabar burung atau hoax yg tersebar di kalangan publik. Namun
    Sebut Nabi Muhammad SAW Miskin dan Susah Sampai Akhir Hayat, Marbot Masjid Ini Ditangkap Polisi!
    slidegossip.com – Seorang marbot masjid berinisial MS di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, terpaksa
    Pergoki Istri Selingkuh, Suami Langsung Syok Ternyata Selingkuhan Istrinya Adalah Putranya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang pria langsung meradang begitu mengetahui kalau istrinya ternyata selingkuh dgn

    Leave a reply "INILAH RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP NAK GULAI DAGING KERUTUK"