Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugas-tugasnya Menggoda Manusia

Loading...

x 125 - Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugas-tugasnya Menggoda Manusia

Di sini disebutkan ENAM BELAS nama ketua syaitan dan peranan mereka menggoda manusia di atas dunia ini agar berbuat jahat, maksiat dan derhaka serta selalu lupakan Tuhan yg Maha Esa :

1. ZALITUN, tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja,tanpa had dan fikiran hanya ingat pd mkn dan mknan.

2. WATIN, tugasnya mendekati orang yg sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’AWAR, tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dgn jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yg dilihat menarik.

4. HAFFAF, tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. MURRAH, tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan byk air utk berwuduk.

6. MASUD, tugasnya menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. DASIM, tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pd tempatnya dan kepada marah yg membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. WALAHAN, tugasnya menimbulkan rasa waswas dlm beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. LAKHUS, tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain drpada ALLAH SWT.

10. SABRUM, tugasnya mengajak manusia ke jalan yg jahat dan tidak sabar dgn ujian yg diterima, umpamanya mengoyak-ngoyak baju pd saat kematian ahli keluarga dan sbgnya.

11. MISWAT / MASWAT, tugasnya mempercepatkan manusia utk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. ZAKTABUR / ZAKNABUR / ZALANBUR, tugasnya ialah menimbulkan raja ujub dan takbur dgn segala kelebihan yg ada pd dirinya.

13. KHINZAB, tugasnya mengganggu orang yg beribadat, khasnya yg bersembahyang, dgn membuatkan manusia berasa waswas dgn amalan baik yg dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yg dianutinya.

14. LAQNIS, tugasnya mengganggu orang yg bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. ABYADH, inilah jenis syaitan yg paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yg diutuskan kepada manusia.

16. KHANNAS, inilah syaitan yg menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia drpada mengingat Tuhannya sepanjang masa.

Semuanya adalah utk menyesatkan umat manusia, khususnya yg Islam dan beriman kepada ALLAH SWT.

#Semoga kita mendapat serba sedikit ilmu manfaat drpada secebis pengetahuan yg ada ini, khasnya utk menghadapi godaan syaitan yg amat byk itu..

Loading...

Tags: #Inilah #Manusia #Menggoda #nama #Syaitan #Tugastugasnya

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugas-tugasnya Menggoda Manusia"