Ini Tips Tanam Nanas Sehingga Berjaya Untung Jutaan Ringgit!

Oleh : Azuan Abdullah

Tips Tanam Nanas MD2 : Thn Pertama Tanam 3,000 Pokok, Lps 4 Thn Blh Tanam 54,000 Pokok Dgn Penjimatan Kos RM81,280.00”
 

Nenas - Ini Tips Tanam Nanas Sehingga Berjaya Untung Jutaan Ringgit!

 
Saya masih ingat lagi pesan sifu saya dua thn lps. Kata beliau, tanam nanas MD2 ni blh buat kita jadi kaya jika betul caranya. Tak kena gaya, papa kedana kita dibuatnya. Buat dulu sikit – sikit, bermula dgn apa yg ada ditangan.

Dalam pertanian ni, tiada jalan pintas utk kita berjaya. Hang ingat aku buat terus berjaya ke? 10 thn lebih penat jerih aku selama ini, baru aku ada ladang seluas ini. (Untuk makluman, beliau ada 100 ekar lebih nanas MD2).

Wan, ko tengok je dia selekeh mcm tu, tapi duit berkepuk-kepuk tau. Dua minggu lps baru je bayar 4 unit bangunan rumah kedai. Tak silap aku, 1 unit harga dia RM700,000.00 lebih, kawan baik beliau menyampuk perbualan kami.

Mata aku terkebil – kebil dengar cerita tu. Bila RM700,000.00 di darabkan dgn 4 unit, maknanya RM2,800,000.00 beliau laburkan beli asset utk jangka masa panjang.

Saya rasa was-was. Terus saya tanya, semuanya hasil duit nanas ke? Ya jawab beliau spontan. Hang jangan ghairah sangat dgn cerita tu, yg aku rugi 2-3 juta dia tak nak cerita pulak.

Rugi 2-3 juta? Biar betul tanya saya sekali lagi nak kepastian.

Betul. Masa tu ladang kena serangan penyakit yg teruk. Tak dpt nak dipulihkan. Kita sedap berkira-kira nak dpt duit. Sekali Allah hantar ujian sikit, apa yg kita blh buat? Redha je. Ada sebab la tu Allah tarik rezeki masa tu.

Hang nak tahu tak mcm mana nak berjaya dgn nanas MD2 ni?

Mestilah nak, ilmu yg super mahal ni jawab saya spontan.

Baik. Dengar elok-elok ye.

1. Belajar tanam dlm kuantiti yg sedikit dulu, antara 1,000 sehingga 3,000 pokok. Guna modal apa yg ada ditangan, jangan berhutang. Tak perlu tamak kira-kira, kayuh slow-slow.

2. Dlm tempoh tu, belajar betul – betul pasal pokok nanas MD2. Kenal apa yg pokok nak dan tahu apa risiko yg bakal kita hadapi. Jadikan ia sbg panduan utk masa akan datang.

3. Jaga pokok betul-betul biar sihat dan subur. Target supaya 95% drpada pokok yg kita tanam dpt buah gred A. Jaga buah supaya berkualiti, manis dan cantik bentuknya. InsyaAllah bila orang cuba sekali, mereka akan nak repeat lagi.

4. 3,000 pokok tu plan jual buah secara runcit je dulu kepada kawan-kawan. Kita hormone 500 pokok seminggu. Sambil – sambil tu bina la hubungan dgn seramai yg mungkin. Simpan database. Tujuannya utk memudahkan urusan pemasaran bila tanam byk – byk nanti. Blh jual buah dan anak benih sekali.

Kenapa aku suruh hang tanam sikit dulu, tak tanam terus 1 ekar?

1. Lebih 50% dr kos tanaman nanas adalah kos belian benih. Jika tanam 1 ekar dgn kepadatan 14,688 pokok dan anggaran harga benih adalah RM1.50 / pokok. Maka kos belian anak benih adalah sebanyak RM22,032.00.

2. Maksudnya, 1 ekar nanas MD2 perlukan kos lebih kurang RM40,000.00 dan lebih.

3. Bayangkan jika pokok kita tu kena serangan penyakit, kena bencana atau hasil tak blh jual. Berapa byk kerugiaan yg kita terpaksa tanggung. Masa ni la kita sibuk duk canang cerita bahawa tanam nanas MD2 ni merugikan. Kita yg bodoh sombong, tak pasal-pasal nanas MD2 yg disalahkan.

4. Jika projek gagal, kerugian yg ditanggung lebih kurang RM9,000 sahaja berbanding RM40,000.00 jika kita tanam 1 ekar terus.

Mesti hang fikir, kalau mcm tu lambat la nak kaya. Sama tak apa yg aku cakap ni dgn apa yg hang fikir dlm kepala tu?

Ye la, tanam 3,000 pokok je, bila nak kaya soal saya lagi.

Macam aku cakap tadi, tanam nanas ni bukannya kita tanam hari ini, esok lusa blh terus kaya. Tunggulah lps lima thn, insyaAllah kita akan senang.

Kenapa 5 thn?

1. Thn pertama tanam 3,000 pokok. Modal beli benih sekali je kita keluarkan. Anggaran benih RM1.50/pokok, maka kosnya adalah RM4,500.00

2. Lps 1 thn, kita dpt hasil. Andaikan 85% drpada pokok tersebut blh keluarkan anak benih. Setiap pokok blh hasilkan 5 anak benih. Maka kita akan dpt benih 12,750 pokok, dah dekat 1 ekar kita blh tanam tu.

3. Thn kedua kita tanam 12,750 pokok. Kita dah dpt jimatkan kos anak benih sebanyak RM19,125.00

4. Masuk hujung thn ketiga kita dah dpt kutip buah drpada 12,750 pokok tu. Lps kutip buah, mesti kita akan dpt anaknya pula. Andaikan 5 anak utk satu pokok dgn perkiraan 85% drpada jumlah pokok. Maka, anak benih yg kita dpt adalah, 5 x 0.85 x 12,750 = 54,187 pokok.

5. Jadi, pd thn keempat kita dpt tanam nanas MD2 sebanyak 54,187 @ 3.6 ekar dgn penjimatan kos belian benih sebanyak RM81,280.00

Boleh nampak kan, dgn bermula hanya 3,000 pokok pd thn pertama, selepas 4 thn usaha kita, akhirnya thn keempat dah ada 54,187 pokok nanas MD2 dgn anggaran penjimatan kos belian anak benih sebanyak RM81,280.00

Wan, aku ada dua pesanan utk hang.

1. Setiap orang Allah kurniakan cara fikir tak sama. Ada orang yg positif dan ada juga yg negative. Berkawanlah dgn orang yg positif dan tinggalkan mereka yg negative. Usah buang masa berdebat dgn mereka. Jalan terus atas pdng kita.

2. Bila orang datang kebun, bglah mereka rasa hasil kebun kita, jangan kedekut. Bykkan memberi. Percayalah, ianya tak rugi. Pasti Allah akan gandakan lebih byk lagi dlm pelbagai bentuk yg tak terfikir dgn akal kita.

Mintak tolong sebarkan info yg bermanfaat ini kepada yg lain SEBAB info ini akan sangat bermanfaat bg orang lain juga.

p/s : Blh follow Azuan Abdullah & Set See First ye supaya tak terlepas kisah inspirasi dan pengalaman dlm pertanian ini.

** Satu pokok induk nanas MD2 blh hasilkan lebih 10 anak benih jika ianya diuruskan dgn betul.

Azuan Abdullah
Baru Belajar Step Satu

Loading...

Tags: #Berjaya.. #Jutaan #Nanas #Ringgit #sehingga #TANAM #tips #Untung

author
Author: 
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di
    Arti Kata Gaul Tenyom
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Tenyom, baik itu di dunia
    Early Reading Materials (Part 4)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Rambut Terbakar di Atas Panggung, Artis Ini Terus Bernyanyi: Ini Bgan dr Kesenangan!
    slidegossip.com – Siapapun yg menjalani suatu profesi memang harus bisa memberikan totalitasnya. Seperti

    Comments are closed.