Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

Loading...

udang segar 1 1 1 - Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

Ingin mkn masakan udang yg sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit byk mkn di restoran ternama atau hotel ye.  Sebenarnya, korang blh je masak sendiri di rumah hanya dgn ikut tip cara membersih dan memasak undang yg RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik utk membersih dan memasaknya saja.

bersihkan udang guna gunting 1 - Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

CARA MEMBERSIH UDANG:

bersihkan udang guna gunting 1 - Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

  • Cuci udang di bawah air mengalir.Jika ingin memasak dgn kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
  • Setelah dibersihkan, lumurkan udang dgn air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
  • Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang blh rendam dgn campuran cuka mkn dan air. Tujuannya utk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.

belah belakang 1 - Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

  • Jangan lupa membersihkan  kotoran yg ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yg ada dibahagian belakangnya itu.
  • Jika tidak terus dimasak,  simpan udang dlm peti sejuk utk kekalkan  kesegaran dan mengelakkan dr tercemar dgn bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dr  frozenkannya lebih dr sekali.

CARA MEMASAK UDANG:

goreng udang 1 - Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

  • Masak dgn api besar.  Jika ingin memasak dgn cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar  dan masak dgn pantas. Tujuannya utk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
  • Masukkan dlm air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dlm air rebusan  dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dlm air sejuk. Tujuannya utk menghentikan proses memasak udang tersebut.
  • Memasak dgn cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.

 udang goreng mentega 2 - Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang.

UDANG GORENG MENTEGA TELUR

 BAHAN UNTUK UDANG GORENG:

  • 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
  • 8 biji cili padi | dihiris
  • 1/2 cawan susu seger
  • 1 sudu mkn mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak utk menggoreng

BAHAN UNTUK SARANG TELUR:

  • 2 biji telur kuning
  • 1 sudu mkn mentega
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
  5. Panaskan mentega dlm kuali, tumiskan bawang putih dgn cili sehingga garing dan naik bau.
  6. Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yg telah digoreng tadi.
  7. Perasakan dgn serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  8. Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
  9. Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
  10. Sambil itu kacau laju-laju sehingga telur habis.
  11. Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
  12. Kemudian tuangkan ke atas tapisan utk toskan minyak.
  13. Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Loading...

Tags: #Bersih #Cara #Memasak #Paling #Senang #UDANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ini Tip Bersih Udang & Cara Memasak Yg Paling Senang."