Ini Sebab Mengapa Semakin Ramai Orang Latin Memeluk Islam

x 1 - Ini Sebab Mengapa Semakin Ramai Orang Latin Memeluk Islam

Sama seperti populasi Latin di Amerika Syarikat yg semakin meningkat di mana etnik Hispanik kini menjadi minoriti terbesar di negara ini, ia juga diikuti oleh bilangan orang Islam Latin yg semakin ramai.

Dan ini bukan sekadar hasil drpada Arab Amerika Latin yg berhijrah ke Amerika Syarikat.

Menurut organisasi seperti WhyIslam.org, orang Latin adalah salah satu segmen yg paling pesat berkembang di kalangan masyarakat Islam.

Kira-kira 6% drpada umat Islam A.S. kini terdiri drpada orang Latin dan sebanyak seperlima drpada jumlah orang yg baru memeluk Islam di seluruh Amerika Syarikat, adalah orang Latin.

Persatuan Muslim Amerika di Amerika Utara, yg berpusat di Miami Utara, mengatakan bahawa Hispanik Selatan Florida khususnya adalah lokasi utama kepada peningkatan jumlah Muslim Latin.

kenapa ramai orang latin memeluk islam

Dan ini bukanlah sesuatu yg mudah, menurut Marina Gonzalez. Marina adalah seorang jururawat Amerika-Nicaragua di Miami yg memeluk Islam 11 thn yg lalu dan memakai hijab. Pd mulanya, keluarganya berhenti drpada bercakap dgnnya.

“Mereka memanggil saya ahli Taliban. Ibu saya tidak suka keluar dgn saya kerana saya memakai hijab,” kata Marina.

Namun kini ibunya memahami semuanya. Apabila beliau melawat rumah ibu bapanya, mereka akan menutup TV apabila Marina sedang solat, membuatkan beliau sangat gembira.

Bagi Najib Sowma pula, nama asalnya adalah Dario sebelum beliau memeluk Islam 12 thn yg lalu. Kini, beliau merupakan ahli utama masjid Al-Ihsaan di South Miami. Namun ibu Najib berasa amat terkejut di awalan pemelukan Islam beliau.

“Kini ibu saya sudah mempunyai pandangan yg lain. Sebelum saya memeluk Islam dan saya sekarang, ibu saya melihat perbezaan yg sangat ketara pd perwatakan saya,” kata Najib.

Sejarah Islam Sepanyol
sejarah islam di sepanyol

Sekiranya ia merupakan satu kejutan bahawa byk orang Latin yg berpindah dr kebudayaan Katolik yg kebanyakannya menjadi agama Arab pd awalnya, mungkin ia tidak sepatutnya mengejutkan.

Ini kerana, seperti orang Afrika-Amerika pd thn 1960-an, kaum Latin telah menemui hubungan sejarah dan budaya mereka sendiri dgn Islam dan dunia Arab.

Dan inilah yg memulakan definisi bahasa Latin sbg bahasa Sepanyol.

“Bahasa kami dipupuk oleh lebih drpada 4,000 perkataan yg berasal dr bahasa Arab. Setiap perkataan dlm bahasa Sepanyol yg bermula dgn ‘al,’ misalnya, seperti alcalde, alcantarilla, almohada.” kata Wilfredo Ruiz, seorang Muslim kelahiran Puerto Rico yg memeluk Islam lebih sedekad lalu dan merupakan seorang peguam utk bahagian Florida Selatan Majlis Hubungan Amerika-Islam.

Ini kerana umat Islam Arab memerintah Sepanyol selama 800 thn semasa Zaman Pertengahan dan menjadikan Semenanjung Iberia sbg salah satu tamadun yg paling maju pd ketika itu.

wilfredo ruiz

(Wilfredo Ruiz)
Satu milenium kemudian, Wilfredo mengatakan bahawa masa lalu adalah bahagian yg tidak dpt dielakkan dr DNA Hispanik.

Menurut Wilfredo lagi, perkara paling menakjubkan yg didapati oleh kebanyakan orang Latin yg memeluk agama Islam adalah pertalian kebudayaan mereka terhadap budaya Islam.

Ia seperti menemui semula masa lalu seseorang, satu tempoh masa lalu yg tersembunyi drpada hidup mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa orang Latin dan Arab sangat menghargai keluarga dan tradisi lanjutan seperti memberikan layanan kepada orang yg tidak dikenali.

Dalam istilah agama, orang Latin seperti Marina  Gonzalez mengatakan Islam menyediakan bentuk ibadat yg lebih sederhana dan lebih langsung drpada Katolik.

Mereka juga merasakan lebih byk struktur drpada yg mereka lihat di gereja-gereja evangelis yg mana ramai orang Latin sertai pd hari ini.

“Hubungan yg saya miliki dgn Tuhan kini adalah lebih baik drpada sebelumnya,” kata Marina Gonzalez.

Lebih menarik kepada golongan wanita
islam kelihatan menarik kepada wanita latin

Lebih ramai wanita Latin memeluk Islam berbanding lelaki Latin. Islam diakui dipersoalkan oleh ramai pihak tentang pengasingan dan ketidakadilan terhadap wanita.

Tetapi wanita Latin seperti Liliana Parodi, warga Amerika-Peru yg memeluk Islam 30 thn yg lalu, mengatakan ia adalah satu perkara hipokrit utk Gereja Katolik yg dikuasai lelaki utk yg melarang paderi wanita, kawalan kelahiran dan perceraian.

Malah, masyarakat Latino “ultra-macho”, yg mana rangkaian televisyen Sepanyol masih menggambarkan wanita sbg “spitfire sexpots”, utk mengkritik kepercayaan baharu mereka.

“Saya beritahu mereka “Lihat diri anda sendiri. Perkara yg menyedihkan adalah apabila mereka melihat wanita sbg objek,” kata Liliana Parodi.

wanita latin memeluk islam

Sepuluh thn yg lalu, imej bangsa Muslim Latin dicalar oleh Jose Padilla, yg dikenali sbg “Dirty Bomber” yg telah disabitkan atas membantu aktiviti pengganas.

Tetapi bg Wilfredo Ruiz, yg juga merupakan seorang ketua angkatan laut, byk yg telah berubah sejak itu dan orang-orang Latin semakin berani utk memeluk Islam.

“Mereka mula mengetahui bahawa Islam membenci keganasan. Kami mempunyai aspirasi yg sama utk keadilan sosial sbg seorang Kristian atau seorang Yahudi.” – Wilfredo Ruiz
Rujukan:

1. ICNA
2. Chicago Suntimes
3. Pewforum
4.Iluminasi


Loading...

Tags: #Islam #Latin #Memeluk #Mengapa #Orang #Ramai #Sebab #Semakin

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ini Sebab Mengapa Semakin Ramai Orang Latin Memeluk Islam"