
Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan. Bunyinya hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi terma vegetarian dan vagen merujuk kepada cara mkn yg berbeza.
Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada seseorang yg tidak memakan daging binatang dan seafood. Pengamal vegetarian ini pula terbahagi pula kepada tiga jenis,
Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak mkn telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak mkn produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian mkn kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yg paling biasa diikuti.
Manakala Vegan, pengamal diet yg langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang mknan yg diproses membabitkan bahan dr binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yg dibuat dr bulu atau kulit binatang atau produk kecantikan yg telah diuji ke atas binatang.
Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik utk kesihatan kerana tidak mengambil daging yg sering dikaitkan dgn penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah utk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dgn lauk pauk yg sedap.
Komen anda
Tags: #&Vegan #Jangan #Keliru #Perbezaan #Vegetarian