Ini Perbezaan Bihun & Suhun.  Ohh Baru Tahu!

Bihunnnnn 1 - Ini Perbezaan Bihun & Suhun.  Ohh Baru Tahu!

Pernah keliru tak nak bezakan mana satu bihun dan mana satu suhun? Sebab dua bahan ini secara pdngan mata kasar bentuk dan warna mcm sama, hakikat sebenarnya ia  adalah dua bahan yg berbeza.  Malah kedua-duanya dibuat dr bahan yg berbeza, tekstur dan cara memasak juga tidak sama. Nak tau apa perbezaannya,  baca sehingga habis info ini.

Bahan Asas

Bihun  sejenis mi halus yg dibuat dr tepung beras, ia juga disebut sbg Mihun. Ada juga bihun dibuat dr tepung jagung.  Sedangkan suhun dibuat dr pati kacang hijau, tapi sekarang ada juga yg dihasilkan dr pati ubi kayu dan kentang.

Warna Tekstur & Rasa

Warna bihun putih kusam, teksturnya rapuh dan mudah patah semasa kering, tetapi selepas dimasak ia mengadi lembut dan sedikit kenyal. Sementara suhun  berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah walaupun dlm keadaan kering. Selepas dimasak  teksturnya licin, menyerap air dan mudah putus, rasanya adalah tawar berbanding bihun.

Cara Memasak

Sebelum dimasak bihun cukup sekadar direndam air panas selama 2-3 minit kemudian ditoskan sebelum sedia dimasak.  Atau blh juga dicelur lebih kurang satu minit. Angkat dan tos. Atau blh saja direndam air sejuk. Tetapi rendaman mestilah lebih lama.  Sama dgn bihun, suhun juga perlu direndam dgn air panas tetapi masanya lebih lama (5-15 minit). Tetapi bila ditoskan suhun akan melekat satu sama lain. Oleh itu adalah lebih baik rendam suhun dlm air sejuk biasa dan tos hanya bila sedia dimasak.

Cara Simpan

Bihun yg sudah dimasak blh bertahan satu hari jika disimpan pd suhu bilik, jika dimasukkan dlm peti sejuk ia bertahan 4-5 hari. Tetapi ia perlu disimpan dlm bekas bersih dan kedap udara. Sementara suhun mesti disimpan dlm keadaan kering, jika basah ia tidak tahan disimpan lama. Suhun kering juga perlu disimpan dlm bekas kedap udara di tempat kering.

Diharapkan info ini  blh membantu anda membezakan dr pdngan mata kasar,  cara memasak dan menyimpan bihun dan suhun.

Komen anda


Carian Berkaitan

beza suhun dengan bihun, cara rendam suhun

Loading...

Tags: #Baru #Bihun #Perbezaan #Suhun.  #Tahu

author
Author: 
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Ini Perbezaan Bihun & Suhun.  Ohh Baru Tahu!"